April 20, 2024

buah-tomato2

Buah Tomato memang tidak asing lagi di Malaysia. Namun, bukan semua orang menggemarinya termasuklah penulis. Tomato banyak digunakan dalam masakan terutamanya dalam penyediaan , sos pasta, tom yam, nasi tomato dan sebagainya. Kebiasaanya bagi mendapatkan khasiat tomato yang optimum, kita di galakkan untuk memakan tomato mentah yang segar. Tomato sudah diketahui terkenal kerana dipercayai dapat menjaga kecantikkan kulit. Antara khasiat lain buah tomato ialah ;

buah-tomato3

1. Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil,

2. Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.

buah-tomato

3. Mengurang Kerosakan Kulit
Selain diketahui sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.

4. Membantu Penglihatan Mata
Kebiasannya lobak sering dikaitkan dengan kesihatan mata, tetapi tahukah anda bahawa tomato juga turut mempunyai khasiat yang sama? Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.

5. Merawat Batu Karang
Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :12595

1 thought on “Khasiat Buah Tomato

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam