Anggur merupakan tanaman buah yang dikatakan berasal dari Armenia dan kemudian berkembang ke Timur Tengah sejak 4000 SM. Asalnya, teknologi pemprossesan anggur menjadi wine pertama kali dikembangkan orang Mesir pada 2500 SM. Dari Mesir ia kemudian berkembang ke Yunani dan tersebar ke daerah Laut Hitam sehingga ke Sepanyol, Jerman, Perancis dan Austria.
Seiring dengan pelayaran Columbus; mula menyebarkan tanaman anggur ke Mexico, Amerika Selatan, Afrika selatan, Asia termasuk Indonesia dan Australia. Penyebaran ini juga menjadikan Anggur mempunyai beberapa sebutan seperti Grape di Eropah dan Amerika, orang China menyebut Pu tao dan di Indonesia disebut anggur.
Pokok anggur pada suatu ketika dahulu hanya terdapat di negara bermusim kini sudah boleh ditanam di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti, pokok anggur dapat mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti. Pokok anggur sesuai pada tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian tanaman anggur. Selepas 14 hari dipangkas pokok anggur mula mengeluarkan jambak-jambak bunga halus. 30 hari sebelum buah sedia untuk dipetik, penyiraman perlu dikurangkan atau dihentikan bagi memastikan buah yang akan dihasilkan manis. Kemarau yang panjang sehingga 3-4 bulan memberi peluang proses penukaran asid ke gula menyebabkan buah menjadi manis..
Antara penyakit yang diketahui menyerang tanaman ini ialah;
i. Antraknos – menyerang buah
ii. Karat – menyerang daun
iii. Kulapok Downy – menyerang daun
iv. Bengkak Cerana – menyerang batang dan ranting.
Kini tanaman anggur sudah semakin popular di Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. Ramai yang sudah mula menanam disebabkan permintaannya yang tinggi. Anak benih sahaja boleh mencecah sehingga RM25/polibeg. Antara varieti Anggur adalah seperti New White Malaga, Green Perliet, Black Opal ,I.A.C, Kyoho dan Isabela.
Number of View :28251
cara penanaman anggur kat malaysia
berapa lama pohon anggur mula mengeluarkan bunga dan berbuah, bila pula boleh dipetik?
bagaimana nakdapatkan benih anggur
di mana saya boleh dapat anak pokok anggur di selangor?
mcm mn nk dptkn information tentang penanaman anggur yg btl?
klu sy org jhr,dimana blh sy dptkan benih anggur yg berkualiti?
Sesiapa yang ingin dapatkan Benih Anggur dengan kuantiti yang banyak sila maklumkan di sini dan saya akan cuba bertanya pada rakan saya yang ade menjual benih anggur ini. Itupun kalau stok masih ada…
Dan bagi sesiapa yang ingin dapatkan khidmat nasihat untuk penanaman Anggur dan ingin menceburi dalam bidang ini, saya ada rakan yang boleh menjadi konsultan kepada anda. Beliau memang pakar dalam penanaman Anggur …. caj perkhidmatan akan dikenakan jika beliau melawat ke ladang anda..
Assalamualaikum,
Boleh saya dapatkan alamat penuh lokasi tanaman anggur di negeri Perlis kerana kami ingin menganjurkan sessi lawatan pada akhir bulan November 2008.
Mohd Fauzi bin Md. Bazid
0176051689
nak cara penanaman anggur dan nak dapat bekal benih anggur kat mana ;tq
saudara amrul berada di kawasan mana?
brp bnyk anak pokok diperlukan untuk sehektar? janka hayat pokok? jenis pokok yg sesuai pd tanah liat berpasir? kuantiti /kg setiap pokok waktu menuai. sertakan no tpn. sy perlukn untuk pertnyaan lanjut tentang jenis pokok dan harga
saya berminat untuk menanam anggur.di mana saya boleh mendapat khidmat nasihat berkaitan dengan penanaman pokok anggur ini.di harap anda mahu memberi kerjasama kepada saya.anda boleh menghubungi saya di talian 0198392145
suhaimi, dalam sehektar dianggarkan diantara 1,500-2,000 pokok boleh ditanam mengikut jarak tanaman tertentu.
saya ada menaman pokok anggur di rumah sendiri. saya ingin tahu jenis baja yang digunakan dalam menyuburkan lagi pokok anggur?
Dimana saya boleh mendapat biji benih atau anak pokok anggur di Sarawak?
Hantarkan makluman lebih terperinci mengenai penanaman anggur.
berapa harga sepokok, minat nak tanam sebagai hobi. kat kelantan mana nak dapat benih yang baik.
Cantik tu pokok anggur kalu di tanam di halaman rumah dan berbuah. Kenapa rakyat malaysia x mahu buat gitu. Dari tanam bunga yang tak berhasil lebih baik tanam anggur dan buahan. Kat dalam pasu pun hidup asal kan rajin di siram. Saya ada mengusahakan benih2 pokok anggur jenis white malaga, IAC, merah madu. Boleh hidup dan berbuah manis di malaysia kalu mengikut teknik2 penanaman , pembajaan dan pembuahan saya. Hubungi 017-2396413 harga 1 polibag RM30. Saya juga jual baja anggur.
camne nak dapatkan baja untuk buah coz pokok anggur saya dah tinggi lebih 5 kaki tati belum berbunga lagi. saya tanam di dalam pasu.baja ape yang sesuai dan apa namanya
dimana anak pokok anggur boleh didapati dikawasan Sg. Petani, Kedah atau tempat yang terdekat ? benih yang berkualiti…
Saya membekal benih anggur jenis white malaga untuk kawasan sekitar alor setar.
harga sepokok RM10.
e-mel saya untuk maklumat lanjut
watleklokskit@yahoo.com
Bagaimana cara yg betul untuk menaman pokok anggur & sesuai dgn cuaca di malaysia.
Apakah baja yg sesuai untuk mendapatkan buah anggur yg baik
Assalamualaikum wbt..Boleh saya bertanya, dimana saya boleh dptkan benih anggur berwarna hitam?Saja ingin tanam dikawasan taman..Sekarang saya sudah ada pohon anggur hijau..Jika sesiapa dapat bantu saya, boleh emailkan pada saya melalui hafiz_uniten@yahoo.com atau sms ke 019-9183422. Terima kasih banyak2 bagi sesiapa yg membantu saya..
cara mendaptkan benihnyangmna neh ? trs buat perawatan ada cara khusus gk ?
nak dapatkan benih anggur boleh hubungi saya wandir ali 0139108869
Bagi yang berminat untuk mendapat benih anggur White Malaga di sekitar Kuching dan Samarahan Sarawak boleh hubungi saya Mohd.Musa di No. 019-8461506.
Pengalaman menanam anggur saya boleh diikuti dalam Facebook saya Mohd Musa Ibrahim dalam album Anggurku.
Salam, saya mencari benih anggur White Malaga dengan kadar segera.En Wandir di kawasan mane ye? saya di serikembangan
Saya ada tanam satu pokok sabagai percubaan di halamakan rumah. Sekarang berbuah lebat. Cuma nak dapat tip bagaimana nak jaga. Setengah orang kata kena buang semua daun kecuali pucuk dan menggunakan baja tahi ayam supaya buah manis. Bagaimana cara yang betul. Blh tak dapatkan cara yang betul.
Saya ada menanam anggur yang berbuah merah kehitaman yang saya beli dari Sungai Buloh tahun lepas.
Pada mulanya saya tanam sebagai tanaman hiasan bagi menggantikan pokok Morning Glori yang saya buang kerana terlalu lebat dan semak. Pada masa tu saya tak tahu macam mana nak jaga pokok anggur ni. Jadi dahannya berputar-putar dan bengkang bengkok. Semasa pokok ni tinggi satu kaki pun dah mengeluarkan buah. Saya tanam dalam pasu. Sekarang berbuah kali ketiga. Yang saya risaukan akarnya dah keluar dari pasu. Saya takut nak potong akar tu kerana nak tukar pasu besar, takut mati. Baru ni ada terbaca dalam surat khabar macam nak menjaga nya. tapi pokok dah macam nak hutan, menjalar sana sini diatas para yang saya buat dari dawai penyidai. Sekarang tengah berbunga lebat satelah daunnya saya buang pada bulan puasa yang lalu. Kalau lepas habis berbuah nanti boleh ke potong semua dahan dan rangting hingga tinggal tunggul sebab nak bagi pokok tu tegak balek. Dan boleh ke dahannya disemai. Pokok yang satu lagi saya baru beli lebih kurang 6 bulan. tapi kurus kering macam tak mahu hidup. tapi masih lagi mengeluarkan tunas. Atau speciesnya memang begitu. Pokok yang gemok tu tak pernah bubuh baja, hanya bubuh rumput kering setiap kali memesen rumput. mohon bantuan cara-cara penanaman yang betul, cara pembiakan dan menjaga pokok. Ramai yang mintak anak benih.
Saya tanam anggur dh lbh 2th. masalahnya masih x ada buah. daun memang subur. dah cantas dahan + baja buah still x de buah… camne cara nk keluarkan buah
Saya tinggal di Kota Kinabalu, Sabah. Bagaimana caranya untuk mendapatkan benih anggur?
I am interested in planting grape.Could you please send the e-mail address or contact number.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan benih pokok anggur, strawberry dll di area Sarikei, boleh le email kepada sya richar4170@yahoo.com
di kawasan sungai buloh tuh dimana yer nk dapatkan anak pokok buah anggur?kalu ada minta no tepun nya nak call,nak satui pokok jer nak belajar tanam dulu