Jika anda melancong ke Langkawi jangan lupa singgah di Taman Agroteknologi Mardi Langkawi. Taman ini merupakan salah satu produk pelancongan yang terkenal di Langkawi kerana sering dikunjungi oleh pengunjung dari luar negara.
Taman seluas 27.39 hektar ini dibuka kepada umum bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian di Malaysia.
Untung menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai Mykad, harga tiket cuma RM5 sahaja. Namun, bagi pelancong dari luar, harga tiket yang dikenakan ialah RM20.
Di sini terkenal dengan ladang buah-buahan pelbagai jenis dan bercirikan komersil. Terdapat lebih 20 jenis pokok buah-buahan di sini. Antaranya ialah belimbing, mangga, cempedak, limau bali, nanas, pitaya dan banyak lagi.
Anda akan di bawa mengelilingi Taman ini dengan menaiki pengangkutan yang disediakan.
Jika anda berminat mengenai tumbuhan herba, di sini juga ada.
Kawasan ladang di sini di jaga dengan baik cuma hasilnya sahaja yang kurang memuaskan.
Setelah penat melihat keseluruhan kawasan Taman, anda akan dibawa di satu perhentian bagi menikmati buah-buahan tempatan.
Bagi yang ingin merakamkan gambar kenangan, jangan lupa bergambar di tepi buah nangka berkaca mata ini.
Yang menariknya di sini ialah, kakitangan Taman ini akan mengambil daun kelapa dan mengubahnya menjadi sesuatu benda untuk diberikan kepada pengunjung yang datang. Memang kreatif !!
Sampai di sini sahaja kisah ringkas yang penulis coretkan semasa berkunjung ke Taman Agroteknologi Mardi Langkawi. Banyak lagi yang boleh anda pelajari di sana.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :22488
Tangan Chuna yang sangat tomelll ….memang best datang sini…macam 2 jenis pokok ada…
Temannya terlihat bagus dan kita bisa belajar banyak tentang tanaman. Bisa liburan sambil belajar.