Pokok Pisang Kipas atau nama saintifiknya Revenala madagascariensis juga lebih dikenali dengan nama Traveller’s Palm. Pokok palma ini merupakan sejenis pokok yang berasal daripada Madagascar dan boleh mencapai ketinggian sehingga 8 meter. Dari rupabentuknya sahaja sudah dilihat seakan seperti pokok pisang. Namun yang membezakannya ialah daunnya besar dan tersusun seperti kipas.
Daripada buku rujukan, pokok ini dikatakan mengeluarkan bunga tetapi jarang berbunga di kawasan bertanah rendah. Jambak bunga terbit pada ketiak daun dan berbentuk seperti sampan dan berwarna merah keputihan. Sebelum ini, saya pernah mendengar orang bercerita mengenai pokok ini pernah mengeluarkan bunga di Malaysia namun sehingga kini saya masih belum pernah melihatnya.
Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman hiasan di perkarangan bangunan dan taman kerana rekabentuk pokok ini yang unik dan menarik sekiranya diberi penjagaan yang baik.

saya pernah lihat pokok pisang ni berbunga, tapi dah lama la…. dalam 10 thn lepas. pokok tu jiran kakak saya yang tanam, tak terfikir pulak nak ambik gambar dia. saya sendiripun dah lupa macam mana rupa bunga tu.
Dh 5 thn sexy tnm dlm pasu pkk pisang kipas ni n msh stinggi +-3 kaki. Mmg sngaja coz x ckup space. Dlm pasu 2, sexy semai amarylis/ lili putih x pindah2 pasu. Bz.
dulu ada orang tanam di kampung saya. Ianya sangat subur dan begitu besar. Tujuannya ditanam ialah untuk menghadang angin terutama rumah berhampiran pantai. Pisang ini memang kelihatan sangat unik kerana susunan daunnya, tetapi memandangkan ianya tidak menghasilkan buah agak tidak berbaloi menanamnya berhampiran rumah kerana ia mengguna ruang yang agak luas.
Assalamu’alaikum
Dulu masa kecik2 besa dengaq org kata ni pokok pisang kaki. Saya ni pon percaya la. Tapi xprnh2 tengok pokok ni berbuah pn. Sehingga bila saya dh besaq, dh dpt tahu pokok pisang kaki tu cmna, bru tpikiaq ni bukan la pokok pisang kaki. Besa jgk terbaca satu artikel,sorang pekebun persimmon(pisang kaki) Australia mengatakan dia heran mengapa org Malaysia panggil buah persimmon tu pisang kaki. Xada kena mengena dengan pisang pn.