
Kacang Itik merupakan sejenis tanaman kekacang yang jarang sekali dijumpai ditanam. Tidak ramai yang mengenalinya. Kacang itik ini banyak ditanam di Kelantan yang mana ia boleh dimakan setelah direbus. Saya sendiri belum pernah merasainya namun daripada perkongsian rakan, rasanya seakan kacang tanah rebus.

Pokok kacang itik adalah sejenis tumbuhan memanjat dan merimbun apabila ditanam. Seeloknya para perlu disedia sekiranya anda ingin menanamnya. Dalam satu tangkai daun terdapat 3 helai daun berbentuk bulat hati. Pokok mengeluarkan bunga berwarna putih. Pokok kacang itik sangat produktif kerana menghasilkan buah yang sangat banyak. Biji benihnya seakan-akan biji kacang parang atau kacang sepat.
Number of View :13993
Assalamualaikum,
Macam mana nak beli benih kacang itik ni?
Assalamualaikum…
Ada juai biji benih kacang itik dak
Saya ada, 011-25072767
Salam
..bagi yang berada di sekitar Kuala Kangsar boleh dapatkan benih atau anak pokok di Arena Kuala Kangsar atau hubungi 01164675388