Benarlah kata orang, Taman Botani Singapura dianggap sebagai salah satu taman botani yang tercantik di dunia. Penulis sempat mencuri masa mengunjungi Singapore Botanic Garden yang terletak di Cluny Road, Singapura.
Namun, kebatasan waktu telah menghadkan kaki melangkah untuk terus melihat keindahan alam yang tiada penghujungnya. Jadi, hanya sedikit ilmu yang dapat dikutip untuk kunjungan kali pertama ini. InsyaAllah, jika diberi kelapangan, Penulis akan kembali lagi.
Taman yang mempunyai keluasan lebih kurang 70 hektar ditanam dengan pelbagai tumbuhan tropika dan juga dalam pelbagai rekabentuk landskap. Taman ini adalah taman botani yang satu-satunya dibuka dari pukul 5 pagi hingga 12 malam. Masuk pula Percuma!!
Idea membina Taman Botani Singapura bermula pada tahun 1822 apabila Sir Stamford Raffles membina taman seumpamanya yang pertama di Fort Canning. Tahukah anda ? Tumbuhan yang pertama diperkenalkan di taman ini ialah pokok getah yang ditanam pada tahun 1877. Pada tahun 1920-an bermulalah penanaman orkid.
Antara gambar yang sempat saya rakamkan….
Pokok Cannonball. Di Taman Botani Pulau Pinang pun ada.
Pokok apa agaknya? Saiz daunnya agak besar.
Cerita Pokok Tembusu yang terdapat di dalam matawang Singapura
Pokok Talipot Palm (Corypha umbraculifera) yang dipercayai hanya mengeluarkan bunga diantara 30-80 tahun sahaja.
Bunga Pokok Talipot Palm memang unik dan tidak seperti bunga palma yang lain.
Taman Kaktus yang cantik dan bersih sekali.
Pelbagai jenis pokok Bonsai juga turut dipamerkan
Pokok Monkey Pot atau juga dikenali dengan nama Sapucaia Nut yang sedang mengeluarkan buah. Ada cerita disebalik nama buah ini. Di Malaysia ia dipanggil buah Sapukaya. Daripada rujukan, perkataan sapukaya sebenarnya berasal dari perkataan Sapucaia (sebutan bahasa Portugis). Sapucaia sebenarnya salah sebuah bandar yang terletak di Brazil. Jadi, pokok tempatan yang banyak terdapat dikawasan tersebut diberi nama Sapucaia Nut.
Gambar buah di atas tentu ramai yang kenal… khususnya orang Sabah dan Sarawak.
Buah Kandis Hutan atau nama saintifiknya Garcinia nigrolineata.
Pokok Lontar yang begitu tinggi sayup-sayup kelihatan. Di Malaysia, ia terkenal dengan nama pokok Kelapa Laut. Di Taman Botani Putrajaya pun ada pokok ini. Tidaklah setinggi ini.
Di atas ini pula buah apa? Di bawah ini pula pokok apa? Kalau nak tahu jomlah berkunjung ke sana..
Sampai di sini dahulu jari ini menulis. Mungkin perkongsian ini hanya 1 dari 1000 kisah yang terdapat di sana. Benarlah kata orang bijak pandai. Makin banyak kita belajar, banyak lagi yang kita tidak tahu sebenarnya.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :19136
Satu lagi yg anda harus lawati ialah Garden By the Bay yg terletak dalam kawasan tanah tambak yg dijadikan taman ditengah2 kawasan industri kewangan. Ia berhadapan dgn marina Bay Sands. walau bagaimana pun, untuk memasuki konservertiri ini, anda perlu bayar dan terdapat beberapa pokok Zaiton yg usianya seribu tahun.