Melihat buahnya sahaja sudah tentu membuat pembaca tertanya-tanya akan gerangan buah ini. Buah ini memang jarang-jarang sekali diketahui dijual apatah lagi menjumpai pokoknya. Bak kata pepatah kalau dah jodoh.. tak ke mana!! Akhirnya penulis bertemu juga ia dijual di pasar pagi bertempat di Changkat Lada, Seberang Perak. Buah Kulim atau nama saintifiknya Scorodocarpus Borneensis juga dikenali dengan nama “Bawang Hutan” oleh masyarakat Sabah. Tahukah anda, pokok Kulim ini merupakan sejenis pokok balak yang mempunyai ketinggian lebih 100 kaki. Dahulunya, daerah Kulim diberi nama adalah disebabkan terdapat banyak pokok ini di kawasan ini.
Penulis mendapatkan 7 biji buah kulim dengan harga RM2 untuk di bawa pulang. Buah ini mempunyai tempurung yang keras. Tempurung tersebut perlu dipecahkan dahulu bagi mendapatkan isinya yang berada di dalam. Benarlah kata orang, bau isinya seakan bawang putih. Namun, aroma sebenar yang lebih menyusuk hidung akan terbit setelah isinya dihiris atau diracik halus. Ketika ini, baunya seakan bau buah kerdas tetapi kekuatan aromanya lebih 10 kali ganda dasyatnya.
Daripada rujukan, buah ini digunakan sebagai penyedap rasa dalam masakan namun perlu digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Cubaan penulis memasak sayur kangkung dengan menggunakan sedikit hirisan isi buah ini. Hasilnya; rasanya agak keras sedikit berbanding menggunakan bawang putih. Memang luar biasa bahan yang terkandung dalam isi buah kulim ini. Jika anda pernah menggunakan buah ini, harap boleh bagi sedikit perkongsian.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :61436
buah ni slah satu dari camouran herba dalam kopi pra campuran kesihatan tradisional.rasanya untuk cuci buah pinggang dan seumpama denganya.
orang zaman dulu selalu guna buat ganti bawang merah dalam masakan gulai kuning biasanya.kat belakang rumah makcik ani ada pokok kulim akar, mak mertua selalu ambil pucuk muda untok buat sayur air…rasanya pun hampir sama dengan kulim kayu ni…tapi yang akar punya lebih sedap …
@makcik ani – di kampung saya,biasa nya buah kulim di campur dalam masakan gulai iaitu gulai kemahang[sejenis keladi]..biasa nya dibuat pada waktu kenduri.rasa dan bau nya amat lah kuat..jika tiada buahnya orang akan mengunakan daunya tetapi bau dan rasa nya kurang sedikt daripada buah nya.ia adalah makanan tradisioal kampung saya[lenggong perak].pokok nya amat lah besar,kebayakan di hutan berhampiran kampung.jika kunjungan kena pada musim nya,bau buah kulim dapat di hidu dari jauh lagi..binatang seperti landak,kijang,pelanduk memakan buah ini,daging nya akan berbau separti buah kulim apabila disembelih…
Saya biasa mendengar ttg buah nie….cuma tak pernah melihat & memegangnya,tetapi ceritanya adalah sama spt yg diceritakan oleh makcik ani,pada kaki2 pancing ikan mereka kerap juga menggunakan buah ini utk dijadikan bahan pelaris dicampur bersama umpan utk memancing ikan ini krn aromanya yg kuat dpt menarik ikan pancingan…sygnya buah ini hampir pupus sekarang
mcmmn nak dapatkan buah kulim ni……
buah ni dikatakan baik utk mengubat penyakit buah pinggang.. Sya dah lama cari buah ni..kat mana boleh dapat?
Di kampung saya buah dan pucuk kulim di campur dengan gulai lemak keladi..
salam sejahtera..
saya ada membekalkan buah kulim untuk yang mencari buah tersebut.khasiatnya bagus untuk pesakit darah tinggi dan pesakit buah pinggang..boleh dijantar ke seluruh Malaysia..hubungi saya 0175984085/0175984058
jika ingin melihat pokok kulim dan memegang, mencium baunya, sila bertandang ke sungai sedim
saya ada membekalkan buah kulim yang dari hutan.penghantaran diseluruh malaysia.Hubungi 0175984058 / 0175984085.tq
Kpd Sdr yg membekalkan buah Kulim ni…tolonglah jawap HP kami dan respond segera.
Saya tinggal di BBBangi, selangor dan perlukan bekalan buah tersebut dgn segera…
HP: 019 258 4399
Tk
buah ini kalau dibubuh dlam gulai lemak labu menjadikan ianya lebi sedap dan beraroma.
membekal dalam bentuk buah & kapsul
Sila lawat buahkulim.my
Di kampung saya ada sebatang pokok kulim di laluan untuk ke pekan.. Apabila musim berbuah, baunya amat kuat dan boleh terbau dari jarak jauh.. Emak saya kata gulai kemahang bertambah enak apabila dimasukkan buah kulim ini.. Juga sedap dimasukkan dalam gulai lemak bayam..
Salam sejahtera..saya ada embekalkan buah kulim original fresh ..untuk kaki pancing (tengkalan,lampam dll) ,pesakit darah tinggi,kencing manis,batu karang dll…untuk dapatkan cntc / w.up 0175984085..
Assalammualaikum semua. Saya ada stok buah kulim sekarang. Siapa nak boleh whatsapp saya segera 0105775759 terima kasih.
Assalamualaikum . Sy ada stok buah kulim .. berminat boleh wsp / cll 0145460649 tq
kebiasaannya saya gunakan dalam rebusan apa2 sayur…isi buah kulim ni bila dah rebus rasanya lemak berkacang…cuma saya dengan arwah mak yang suka makan…adik2 komplen bau busuk…
Betul ke buah kulim boleh mengubati penyakit angin pasang.. Klu betul macam mana cara nya..
saya ada membeli buah kulim nih di pasar tani Pekan. Katanya kena rebus dan boleh di rebus beberapa kali sehingga hilang bau.nya. diminum waktu pagi dan petang setelah 30 minit sarapan.
yang mana bagus rebus buah kulim atau beli jenis capsules.
Di rebus krmudian diacik nipis dlm sepuluh biji, dgn ikan bils sekilo , bawang merah cili secukup rasa, sedikit belacan, nah sambal tumis kulim, memang sedap blh mengalahkan sambal petai dan jering
Dulu kulim adalah makanan istana negeri perak, sedap, berkhasiat dlm perubatan tradisional
nak beli buah kulim… sila klik link ini htt://nak.la/buahkulim
Buah bawang hutan ini bagi masyarakat etnik di Sabah dibuat sebagai penyedap rasa. Dicampur sedikit untuk masak gulai batang keladi bersama kepingan isi kelapa yang dipanggang lalu ditumbuk, memang sedap. Boleh juga campur sedikit dalam tumisan sayur peria.