December 8, 2024

asam-kumbang

Buah Asam Kumbang atau nama saintifiknya Mangifera quadrifida merupakan buah yang sangat sukar ditemui. Dipercayai asal usul buah ini adalah berasal dari negara kita Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sepanjang pengetahuan penulis, buah ini pernah ditemui ditanam di Kedah, Perak dan Johor. Namun, ia juga dikatakan terdapat di Pahang dan Kelantan. Di Sabah dan Sarawak juga masih dapat ditemui buah ini. Gambar di atas diambil  semasa sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2015 di Kuching, Sarawak

Penulis hanya pernah mencuba merasai buah ini hanya sekali beberapa tahun dahulu. Jika hendak dibandingkan dengan buah bacang, rasa buah asam kumbang lebih masam lagi. Kulit buah berwarna merah keunguan apabila telah matang atau masak. Kebiasaanya, ia dijadikan ramuan di dalam sambal belacan atau juga boleh dibuat jeruk.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai buah asam kumbang ini, silalah kongsikannya di sini ya..

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :46983

5 thoughts on “Buah Asam Kumbang

  1. Buah asam kumbang ni banyak terdapat di kampung saya…. Kpg Gedong, Simunjan Sarawak… apabila masih muda sedap utk dibuat jerok ( serupa dgn jeruk mangga ) dan apabila dah masak sedap untuk dibuat sambal…..

  2. Buah ini sedap dibuat ulam semasa buahnya masih muda. Apabila buah masak sedap dibuat cicah belacan cili api. Pokok asam kumbang ini biasanya akan menghasilkan buah yg sgt lebat Tupai monyet tak suka dgn buah ini krn rasanya yg sgt masam.
    Terdapat buah asam lain yg terdapat di sarawak yg mungkin tidak terdapat di semenanjung seperti buah kemantan, raba, limus dan lepeh.

  3. Buah asam kumbang, nama tempat di Taiping, Perak. Tapi itulah, patut di tanam balik pokok2 yang terukir namanya ditempat2 atau bandar dinegara kita agar difahami asal usul nama diberi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam