October 10, 2024

buah-goncar

Siapa biasa mendengar buah yang dikenali dengan nama Buah Goncar. Kalau orang sebelah utara menyebutnya buah Goncaq. Buahnya kecil dan sekali pandang seakan buah anggur. Rasanya pula masam-masam manis dan apabila masak ia bertukar bewarna merah. Menurut rujukan, di sesetengah tempat buahnya dibuat masak pedas.

buah-goncar2

Saya sendiri belum pernah rasa buah ini. Ada yang memberi komen buah ini juga ada dijumpai di kawasan paya bakau. Saya rasa pokok ini masih banyak terdapat dikampung-kampung. Mungkin anda boleh kongsikan sesuatu mengenai buah ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :57233

61 thoughts on “Buah Goncar

  1. Salam…kat Alor Star masih byk lagi pokok ni terutama berdekatan sawah padi…..cuma x berapa nak berani makan sebab kalau musim meracun sawah padi….pokok kena tempiasnya…

  2. wasalam.kat kelantan pon masih ada buah dia kalo da mask clour purple kehitaman sedap….

  3. Originally Posted By jaliedi klate ada satu pekan bersempena nama buah ni.iaitu pekan guchil di kuala krai.buah ni manis kalau yang masak la(warna unggu).yang putik masam.

    nama yang sama yang orang kg aku panggil…pohon/buah guchil…pucuknya yang masam-2 lemak sedap juga dimakan…selain buahnya yang manis. pokoknya juga cantik dijadikan teduhan laman.

  4. Ho, finally ade pon gambo nie.. mase kecik2 kt trengganu, kita main ‘darat’ / ‘padang’ misti x miss cari buah nie:-
    1. kemunting,
    2. gucher nie (baru tau tempat lain panggil goncar)
    3. gelang tikus (yg putih lembut, org pahang panggil nenasi rupanyer)
    4. cenirai (yg hijau masam ..masak merah.gelap.. wat pluru snapang buluh tu)
    5. serai kayu.. masak merah.. pucuk wat ulam laksa
    6. mata ayam.. merah macam serai kayu, tp lagi lembut, bertangkai macam pecoh periuk

    Eh sapa ade gambo
    a) buah piah.. sebeso kiwi / kedondong.. kulit hijau/perang.. biji 3 segi sket.. uniknya kena ketuk baru buleh makan / lekang isi yg macam biskut marie.

    b) buah sekuang.. masam/manis, bertangkai mcm rambai, kulit bekerutu, biji keras & tak lekang cam sentul..

  5. buah guncaq..dim kampung saya masih ada dan banyak lagi pokok ini..siapa berminat pergi sahaja di kampung belakang balai bukit selambau sungai petani..masih banya disana..tq

  6. kat depan umah saya tumbuh sendiri pokok ni.agaknya burung yg bawak benih. memula ingat pokok semak. lama2 makin besar dah tumbuh buah. kebetulan org kampung dtg kerumah, die lah yg bgtau nama pokok ni dan cara makan. skrg ni selalu lah amik pucuknya buat ulam. buahnya yg muda cicah kicap gula cili. sedap.

  7. waktu aku kecil sering makan tetapi sekarang tidak ketumu buahnya susah carinya. santoso indonesia

  8. tempat kami dipanggil gincaq rasa buahnya masam kalau yg belum masak bila dah masak rasanya manis manis masam. Kalau nak tahan burung pakai getah selalunya pohon inilah yang jadi keutamaan. Pucuknya boleh di buat ulam. Pohonnya agak tinggi. Buahnya dicicah garam lalu dilulur ke dalam mulut kerana saiznya yg kecil seperti mata mancis. Kambing amat menyukai daun gincaq.

  9. Akhirnya jumpa nama melayu dia haha,, Orang Dusun Tobilung/ Rungus di Sabah memanggil nama pokok buah ini ” Tondorupis”. 😛 zaman kanak2 selalu petik buah ni. Buat sambal taruh lada memang kick la. Cuma kena hati2 makan jangan over sangat sebab biji nya boleh buat sembelit hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam