April 18, 2025

setangki

Sejenis lagi sayuran tradisional yang telah saya temui di Pasar Tani Putrajaya. Menurut penjual tersebut, sayur ini dikenali sebagai pucuk Setangki. Memang saya pernah mendengarnya sebelum ini tetapi ini pertama kali melihatnya. Rujukan tentang sayur ini memang sukar ditemui kerana mungkin sayur jenis ini kurang dikenali atau kurang popular agaknya. Ada juga yang menggelarkannya sebagai keman air. Sekali melihatnya memang seakan keluarga pokok semalu. Saya tidak pasti bagaimana rasanya sayur ini kerana saya sendiri tidak tahu cara memasaknya. Walaupun begitu, saya rasa daun ini sedikit pahit kerana baunya mempunyai aroma seakan tumbuhan herba yang pahit.

setangki2

Mungkin anda pernah makan sayur ini sebelum ini. Di harap anda boleh kongsikan cerita anda atau resepi masakan sayur ini kepada saya.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :48184

61 thoughts on “Daun Setangki

  1. Baru-baru ini anak saya terkena penyakit kayap ular. Orang yang berubat anak saya menyuruh saya mencari daun keman air. Memang sukar mencari di Lembah Kelang. Saya menelefon emak dikampung bertanyakan tentangnya. Saya diberitahu ia juga boleh dibuat sayur dan pokok ini seperti pokok semalu (orang kampung memanggil duri keman )

  2. salam….
    setahu say pokok ini di kg saya dipggil kangkung puteri ia sedap di masak lemak cili api atau lemak manis campur dgn udang kering wallahhualam……cubalah dulu pasti menjilat jari dan klu ada mak mertua lalu kat blkg pun tak sedar

  3. assalamualaikum en faizal. daun setangki ini saya pernah makan suatu hari dulu semasa saya di dusun tua ulu langat selangor. rasanya sedap ada rasa petai masak tumis biasa pun dah sedap. baru-baru ini saya terbaca artikel faizal mengenai buah rambai dan buah tampoi. saya memang sedang mencari buah tampoi tersebut untuk dijadikan benih. cadang hendak tanam buah tampoi tersebut. dikebun saya ada beberapa batang pokok buah keras yang rajin berbuah,

  4. Assalamualaikum.ww,
    Kalau dilihat tanaman ini mirip dengan candle tree, apakah benar ? Di Indonesia tanaman candle tree banyak terdap[at di kebun dan halaman rumah, mudah berkembang biak dan bunganya bagus sekali berwarna kuning cerah.
    Daun candle tree ini bisa digunakan sebagai obat gatal-gatal

  5. Assallamialaikum w.t.b.

    maaf saya kurang pasti pokok setangki/keman air. gambar yang diberi kurang jelas dalam penghilatan saya.

    walau apapun saya bersedia memberi komen kalau-kalau ada ketepatan untuk maksud pokok yang Tuan maksudkan.

    pokok setanggi/ pokok pahit. berdaun kecil sebesar ibu jari tepi bertangga. daun ini sememang untuk dibuat ubat seperti campuran majun , buat air serun dan sebagainya . amat sesuai dengan penyakit gatal-gatal, chicken pork mahu pun kayat. rasanya pahit kalau diamalkan pucuknya boleh mengcegah penyakit kencing manis.

    Pokok Turi, daun sebesar kuku ibu jari tersusun seperti gambar, ia biasa ditanam sebagai pokok perhiasan dipenjuru pagar rumah. ia sedap dibuat sayur tumis air/masak sayur lemak kuning dicampur dengan daun cekor manis dan ubi keledek. rasa ada sedikit pahit tapi tidak sepahit buah peria.

    Pokok Kemungga, cara makan untik sayur seperti diatas cuma tidak pahit. buahnya amat digemari oleh kaum india masak kari.

    Pokok Petai belalang. buah muda dan daun sedap kalau buat sayur seperti diatas, baunya seperti buah petai.

    thanks,

  6. salam,kalau kitaorang panggil pokok tangki pasal kat batang dia ada macam pelampung untuk senang dia terapung.dulu kat sawah banyak takpun dalam perigi dia boleh hidup.habitat dia kat lam air.masak lemak cili api.rasanya macam pahit sikit tapi finger lickin good.he he macam komen anariah .kat kampung kampong pun ada lagi mende ni.pasal buah rambai untuk info lak kulit dia pun boleh masak lemak….ummmmppppp.memori….

  7. Pucuk setangki sedap di masak lemak cili api dengan ikan haruan/sembilang salai atau ikan baung pun sedap. Rasanya seakan petai lagi menyelerakan apabila di makan dengan nasi panas. Ibu saya pernah memasaknya. Pokok setangki hidup ditempat yang berpaya dan berair. Pokoknya menjalar dan mempunyai ruas-ruas pelampung putih untuk membolehkan ia membiak di dalam kawasan yang berair. Selalunya jika ada kawasan sawah padi dan ada takungan air, maka adalah pokok setangki hidup.

  8. Encik,

    Nak tahu pokok herba yang ditanam di sekitar rumah panjang untuk menghalu ular. Pokoknya renek, berdaun hijau tua, berkilat dan berbulu sedikit, tapi saya dah lupa nama dan tak tahu mana nak carinya.

  9. Salam,kat kampung dulu kitORng panggil pokok tangki.batang warna putih dan macam pelampung pasal dia idup dalam air.rasa pahit sikit jer tapi bila dah masak macam anariah komen tu….finger lickin good.sama gak kalau kulit rambai tu masak lemak…puh….tu yang asyik nak balik kampung.memori….

  10. memang mcm daun turi tp bukan. pokok ini hidup dalam air dan batangnya ada pelampung.gambar kat atas x tunjuk. rasanya mmg seakan2 petai..sedap masak lemak cili api dan dimakan dengan ikan masin.fuhh!

  11. memang saya pernah makan dulu sayur ni masa duduk bujang-bujang dulu yang dimasak oleh rakan serumah orang Mersing, Johor. Memang sedap rasanya macam ada rasa petai sikit

  12. erm..ia adalah ubat buasir..2005 saya pernah alami buasir..dan utk mengubati buasir adalah daun keman air,daun setangki,garam kasar direbus bersama..biarkan suam dan basuh pd buasir td..insyaallah..sembuh

  13. Di sebelah utara sayur ni di panggil keman air,cara memasaknya pula,masak lemak atau masak tumis air pun boleh.Walaubagaimanapun masak lemak pekat diakui memang sedapppp,rasanya seakan kita makan ulam petai.Nak sedap lagi lawannya kenalah dengan ikan sembilang goreng cabai atau paling tidak ikan masin jeruk,puhhhhhh nalaaaaaa punya.

  14. saalam..kami kot belah sini(Pantai Remis) pangge keman ayaq.sedap kalau buat masak lemak campoq udang.Bagi pedaih sikit.sedappp..

  15. waliz punya komen tu betul.cuma foto kat atas tu dah layu pasal tu ramai tak cam.pelampung kat batangnya warna putih macam span ,pasal tu la timbul.kalau cukup gemuk sebesar ibu jari.hidup melingkar kat atas air biasanya kat kolam tinggal.pada baharin,kalau takat nak buah tampoi cari je kat jln bkt rambai ke jln alor gajah-bdr melaka,ada apek jual kat tepi jln,.atau jln kuala kelawang seremban,.atau kat lebuhraya karak,itupun kalau ada musim.kalau nak pokoknya cari kat nuseri,Insyaallah ada.kat yong peng.muar .sb buluh.

  16. kalau kat n.9 panggil pokok setangkis, banyak dlm paya, kolam hidup terapung, kalu kat n.9 ni selalu masak lemak cili api campur ikan sembilang salai, selain tu goreng cili api campur ikan bilis pon sodap, kat kg aku banyak pokok ni hidup dlm kolam..

  17. Salam. Nanti saya cuba dapatkan pokonya dan buat R & D ttng khasiat kegunaannya. Dikilang saya terdapat kemudahan utk buat R&D

  18. Kami di sini panggil pokok turi.Sebab rupe daun tu macam daun pokok turi.Masak lemak pun ok gak. Dari segi perubatan saya tak berapa tahu.

  19. Keman air. Seakan-akan pokok semalu.Batangnya ada span macam sepit udang galah. Makan mentah cicah sambal belacan lagi sedap.Mudah hidup tempat berair.Awas jika tidak dikawal pertumbuhannya tempat tu alamat dia punya….

  20. Salam. Sebelah utara mengelarnya Keman Air. Sayur ini sedap dimasak sayur lemak. Taruk santan le…. Arwah tok saya pandai memasaknya…. Kini di kg saya telah pupus….

  21. Setuju dgn Anarian Manan, di tempat saya di Padang Tengku, Kuala Lipis tumbuhan atau sayur ini dikenali sebagai kangkung puteri. Rasanya ada sedikit seperti rasa petai dan sedap dibuat sayur. Ia tumbuh di atas air kerana batangnya mempunyai pelampung.

  22. Kalau pokok in Kankung Puteri, saya pernah jumpa kat pasar malam kg Paya Jaras, Sg. Buloh. Saya tumis saja dan rasanya punmacam turi tapi agak kelat. Cuba tanam tapi tidak hidup pula……. Lepas itu tak jumpa lagi.

  23. Tak perasan.. kalau daun segar, boleh jadi dapat imagine @ kenal. Di pasar kat sini tak pernah nampak ada sayur macam nie…

  24. memang pokok ini dinamakan setangki. hidup dalam air dan ada pelampung dibatangnya. Masakan yang selalu dimasak oleh ibu dan isteri saya ialah masak lemak santan bersama dengan keledek. pokok ini dulu saya selalu jumpa hidup dalam perigi dikampung kampung. …

  25. Sayur ni dah biasa makan. Nenek dan ibu bila masak lemak cili padi ikan/ikan air tawar akan masukkan sayur ni. Sayur ni juga enak di buat kerabu. Sayur ini biasa hidup di dalam kolam-kolam tanah atau di dalam tali air. Ia hidup terapung kerana di batangnya ada gabus berwarna putih seperti pelampung.

  26. Sayur ni memang ramai yang kurang tahu dan tak pandai makan. Rasanya seakan rasa petai.

    Memang enak.

  27. bila tengok gambar tu seakan2 daun turi.tapi saya x berapa pasti sebab gambar yg ditunjuk kan tak berapa jelas.

  28. Saya tak pernah makan pucuk ni, tapi saya biasa jumpa orang jual pucuk ni saya tak beli sebab tak tau nak masak apa

  29. ler korang ni, ni bukan daun daun turi.ni rasanya macam kangkung tapi batangnya ada keras ckt lah.tapi mash boleh dikunyah if masih muda.masak pucuk yang muda la.rupanya macam jelmaan pokok semalu yang gemuk.pokok ni gemuk ditanam ditempat berair or kolam.belambak2 kat kolam blakang umah nenek kami dulu sampai jemu makan.la ni payah r nak jumpa coz x dak da kolam.tak kan nak tanam dalm swimming pool kotkan..orang panggil kangkung puteri.sedap masak lemak campur ikan bilis or udang.goreng belacan macm kita masak kangkung biasa tu pun boleh

  30. betul kata waliz tu…ini pokok keman air..mcm pokok semalu..tp pokok ni hidup di kawasan lmbap….kwasn parit,sawah,kolam memang tmpat dia..sedap kalau buat masak lemak cili api…boleh campur dengn siput sedut…rebus buat ulam boleh..buat kerabu,tambahkan kerang rebus…pergh……sedap

  31. kami selalu sebut sebagai sayur tangki… ada 2 jenis, sedap di masak lemak cili api pekat2(santan lebih), yg ada pelampung(hidup dlm air) rasanya lebih sedap & lembut manakala yg tak berpelampung (hidup atas tanah) agak keras sedikit, ada rasa & bau macam makan petai, lepas makan urin pun akan ada bau!

  32. Salam…semua

    Sy bukan pakar dalam hal sayur tradisional ni. berdasarkan apa yg diterangkan ibu sy, sayur ini mirip pada penerangan en.Khairi dan en Jon di ats.
    Sayur setangki ini rupanya lebih kepada daun petai dan hidup dlm air. Cukup menarik….

  33. kt tempat sy pokok nie dipaggil kangkung puteri.. sy xpernah mkn.. tp byk tumbuh liar di depan rumah sy..
    pokok nie tumbuh dikwsn y berair… sape y suka, dye ckp sedap wt msk gulai lemak pedas..tp sy xthu la…

  34. Di Sarawak, setangki di makan secara ulam. Tumbuh mudah didalah kolam secara terapung. Saya masa kecil dulu memang selalu makan ulam setangki (bahagian pucuknya). Pertumbuhannya cepat. Bekas pelajar MSc saya sedang buat PhD mengenai tumbuhan ini dalam aspek agronomi. Maknanya very soon akan dipromote sebagai tanaman komersial yang berpotensi.

    aya gembira dengar di Semenanjung dimasak seperti sayur biasa. Saya cuba cari apa nutrien yang ada pada setangki.

  35. mcm daun petai ,semalu atau dukung anak,kalau pokok setanggi tu tahulah warna ungu blh buat ulam.yg ini..tak pernah nampak..kalau baunya mcm petai,hidup mcm kangkung pernah makan..cuma lupa rupanya.

  36. Ini masa kecik kecik dulu mak selalu masak lemak putih + ubi keledek merah + udang kering. Sedap sangat…tapi sekarang dah tak ada sebab Pulau Pinang dah pesat membangun dan kg pun tak mcm dulu..ada tanah boleh bercucuk tanam, sawah padi pun dah x ada lagi sebelah sini. Kalau nak tengok kena p cross jambatan ke tanah besar, baru boleh nampak…pembangunan telah melenyapkan tanah dan hutan, puluhan bukit diratakan utk penempatan mewah..x tau lah apa nak jadi lepas ni…

  37. salam. pokok setanggi, kami di utara panggil keman air. saya tak biasa makan, tapi nampak ada selalu jual kat pasar. pokok ni selalunya lepa buat ubat kayap. daun dia ditumbuk halus dan dicampur dengan bedak sejuk, kemudian disapu pada kayap itu. terima kasih.

  38. salam,sayur tangki ini tumbuh dalam air dulu2x ada perigi belakang rumah ..sedap sekali masak lemak putih ..memang sedap nau nau la..rasanya klu jumpa nak biakkan aje …jenis menjalar dlm air siap ada gabus putih …kllu jumpa kat pasar..cubalah sedap giler

  39. A’kum..
    Pokok ini di kenali sebagai “Pucuk Tangkis” di kampung saya.Terdapat 2 jenis iaitu bergabus dan biasa.

    Jenis yang bergabus biasanya hidup di atas air.Ia lebih enak dan lembut berbanding jenis tangkis biasa.

    Jenis yang biasa, hanya memerlukan kawasan yang lembap untuk hidup dan tidak semestinya di atas air.Tetapi ianya agak keras sedikit berbanding jenis
    bergabus.

    Masyarakat Negeri Sembilan sering menggunakan sayur ini dalam “Masakan Lemak Cili Api” mereka.Terdapat sedikit aroma petai dalam sayuran ini dan ianya merupakan salah satu sayuran kampung yang enak.

  40. setangki , tidak sama jenis dengan turi , pokok turi. adalah tanaman berpohon mempunyi batang, dahan, ranting dan berbunga, malahan bunga ia pun boleh dimakan, manakala setangki adalah pokok renik kecil, Biasanya ia dipanggil dengan nama pucuk tangkis ,boleh didapati dikawasan berair , Di kampong saya (Raub, pahang) ia juga dikenali sebagi kangkong puteri, di kawasan Wangsa Maju,Kuala Lumpur boleh sayuran tangkis ini juga boleh didapati di Pasaraya Jasco, Untuk membeli pucuk tangkis yang segar pastikan pelampung/gabus nya masih ada. Lazimnya pucuk tangkis ini dimasak lemak putih, aroma dan rasanya seakan-akan petai.

  41. a’kum..
    kat pasar tani ade jual.. sedap dimasak lemak, tapi kalau orang yang senang angin tak digalakkan makan.. coz pokok ni angin, nnti naik angin kepala pusing… 🙂

  42. ore kampung ambo panggil pokok ni pokok keman air.kebanyakan tali air atau sungai kat kelantan dalam jajahan bachok n pasir puteh biasanya bnyak terdapat pokok ini.ada kalanya ia blh membiak memenuhi seluruh permukaan sungai.ia menjalar, blh hidup juga didarat.rasanya serupo komen2 diatas.

  43. saya biasa makan keman air ni….di tempat saya (gopeng), it’s called “KOMAN”, memang 1st time i tengok , i ingat semalu as u said. biasanya ia terdapat di lombong-lombong tinggal dan terapung di permukaan lombong di bahagian tepi lombong. ia dimasak gulai cili padi (macam masak gulai paku pakis)biasanya dan once cooked rasanya spt makan kuah gulai dicampur petai….sedap oooo, tak pahit

  44. Assalammualaikum…. Setangki biasanya di buat alam atau di masak lemak cili padi rasanya seperti petai… xpahit pon..

  45. daun muda & pucuk stangki boleh dimasak sebagai sayur, orang2 utara sll masak lemak. ini sayuran orang lama, juga org kampung.

    rasanya agak pahit.

  46. salam..saya ni hantu ulam..hampir suma jenis ulam saya kenal..klu tak pernah rasa mesti nak try..saya wat ulam ja pokok keman air ni..bila rebus baunya cam petai..itu petanda pokok ni baik untuk mencuci buah pinggang..minum air rebusannya..pada saya pokok ni tidaklah pahit, mgkin saya dah biasa makan yang pahit kot..pucuk gorek sangatlah pahit tapi sedap sebab lemak2 ja rasanya selepas rasa pahit tu hilang..kenalkah anda dengan pucuk gorek..kat tepi pantai habitatnya..berduri dan buahnya sangat keras dan kami orang sebelah utara buat main congkak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam