Daun Setangki

setangki

Sejenis lagi sayuran tradisional yang telah saya temui di Pasar Tani Putrajaya. Menurut penjual tersebut, sayur ini dikenali sebagai pucuk Setangki. Memang saya pernah mendengarnya sebelum ini tetapi ini pertama kali melihatnya. Rujukan tentang sayur ini memang sukar ditemui kerana mungkin sayur jenis ini kurang dikenali atau kurang popular agaknya. Ada juga yang menggelarkannya sebagai keman air. Sekali melihatnya memang seakan keluarga pokok semalu. Saya tidak pasti bagaimana rasanya sayur ini kerana saya sendiri tidak tahu cara memasaknya. Walaupun begitu, saya rasa daun ini sedikit pahit kerana baunya mempunyai aroma seakan tumbuhan herba yang pahit.

setangki2

Mungkin anda pernah makan sayur ini sebelum ini. Di harap anda boleh kongsikan cerita anda atau resepi masakan sayur ini kepada saya.

Number of View :36561