Meranti merupakan sejenis sayuran tradisional yang semakin sukar ditemui mungkin kerana generasi muda lebih mengemari sayuran seperti kangkung, sawi dan sebagainya. Ada yang memanggilnya sayur ranti, daun meranti dan ada yang menyebutnya terung meranti. Mengikut seorang guru yang saya temui, pokok meranti ada 2 jenis; iaitu pokok meranti gajah dan pokok meranti biasa. Pokok Meranti Gajah adalah seperti gambar di bawah. Cara mengenalinya; buah meranti gajah lebih besar dari meranti yang biasa.
Menurut rujukan, keseluruhan pokok ini beracun tetapi apa yang saya ketahui sayur meranti ini memang sedap dibuat masak lemak cili api. Dari segi perubatan, buahnya boleh dimakan untuk meningkatkan selera makan dan merawat tekanan darah tinggi dan bengkak hati. Mungkin anda di luar sana, biasa makan sayur ini atau ada menanamnya di rumah. Di harap anda boleh berkongsikan sesuatu di sini.
Number of View :51568
apa yang saya tau, bayam meranti nie susah nak tumbuh klu kita cuba nak semai sendiri .. ia cuma tumbuh d kawasan yang baru d bakar untuk d bersihkan kawasan .. kata lain ia tumbuhan liar dan sukar d tanam mengikut kehendak kita .. saya ada bersihkan kawasan untuk tanaman, dan sampah sarap d bakar .. d situ banyak pokok meranti nie tumbuh .. memang sedap buat sayur masak lemak, dan regu sesuai labu atau keledek .. apa pun ikut citarasa sendiri .. bila dahan nya d patahkan ia akan bertunas semula, dan daun muda bolih d ambil bila sudah tiba masa .. tak pasti berapa lama pokok ini bolih hidup .. dah cuba semai, susah nak tumbuh .. klu subur pokok meranti ini bolih cecah 2 kaki tinggi …
pak choo, mungkin nak semai ada caranya kot.. atau mungkin yang susah nak semai tu adalah pokok meranti jenis biasa.. kalau nak tahu, pokok tersebut/diatas sememangnya di semai sendiri oleh tuan pemiliknya.. dan saya sendiri sempat ambil benih tersebut untuk disemai.. saya ambil dari buah yang telah masak (warna hitam). Kemudian campak terus dalam polibeg berisi tanah campuran.. kalau tidak silap, dalam masa seminggu biji benih ini akan tumbuh..
kalau keseluruhan pokok beracun…macamana cara nak makan..?
pernah makan..sedap goreng dengan bawang dan ikan bilis.rasa pahit2 sikt.banyak jual kat pasar malam.
saya berminat tentang pokok terung Belanda.. jika ada boleh kita kongsi maklumat berkaitan.
tq
Saya memang ada tanam pokok yang jenis biasa tetapi dibiarkan saja hingga tamat riwayatnya! Kerana ia beracun, tak sangat minat.
Selalunya saya petik daun-daun nya dan tinggalkan yang muda di hujung. Kemudian cucuk batang itu dalam tanah dan tunggu.
Sama juga dengan Pokok Turi.
nice post…
tak payah tanam la susah nak hidup subur pergi je pasar tani berlambak dijual disana siapkan duit je
Kalau d Sabah, pokok Meranti Gajah ni di panggil “TUTAN”. Menang sedap dibuat sayur.
Pucuk meranti ini ada juga dijual di Pasar Tani atau Pasar Malam.
yg sye tau syur mranti ni bagus utk wanita dlm pantang.wat syur bening…didihkn air+bwg mrh+bwg ptih+ikn blis.mmg sdap dan menambahkan air susu.
Sayur kegemaran keluarga suami saya yang berketurunan Jawa.Mulanya saya tidak mengemarinya kerana nampak pelik kerana semasa kecil buah pokok ini hanya diambil buat main masak-masak.Tetapi bila melihat keluarga suami sentiasa memakan sayur ini saya teringin mencuba.Rasanya kelat tapi paling sedap dimasak lemak putih dengan cili api.
salam singgah, baru terserempak blog yang banyak betul info pasal tumbuh2an ni… terima kasih dengan perkongsian2 ni… kebetulan tengah mencari info2 tumbuhan2 untuk ubatan tradisional.. meranti antara sayuran feveret ni… masak lemak atau tumis memang meletop….
saya memerlukan sayur ranti dalam 80kg hari2… sape ada bekalan tolong contact.. 0193721569..
Tanaman sayur meranti ni taklah rumit sangat. Sangat sesuai ditanam di tanah gambut terutama sekali yg baru lepas dibakar. Permintaan sangat tinggi, cuma bekalan terhad disebabkan tak ramai yg tanam. Mungkin ada teknologi tanaman yg boleh memudahkan lagi cara penanaman sayur ini. Jika ada rakan2 yg ingin benih meranti untuk menanam secara komersil, boleh hubungi saya 019-5686890(zul).
bapa saya cerita pada tahun 1951 dia bawak dengan basikal daun meranti dari sekinchan ke pasar sabak bernam. harga jual satu ikat 20 sen.
Tak beracun. Kalau beracun dah lama kami mati. Hampir hari-hari makan sayur pucuk ni. Kalau makan nasi berlaukkan pucuk meranti bila kencing nanti air kencing kita biasanya berwarna hijau. Tak tau kenapa. Banyak klorofil agaknya.
beberapa hari lalu saya terjumpa pokok meranti tumbuh kat belakang rumah..burung kot yg pembawa benih pokok ni, tp mcm was2 lak nak buat sayur..takut rumput plk..
Salam daripada negeri di bawah bayu. Baru sy tahu rupanya tumbuhan ni disebut meranti gajah sebab di Sabah kami sebut sebagai sayur tutan. Ianya tak beracun, kalau beracun sudah pupus orang2 Sabah ni ahhahah. benda ni laris dekat pasar n tamu.Sy selalu makan sejak kecil, sangat sedap ditumis dengan ikan bilis.
assalamualaikum. saya mmg minat sgt sayuran ini. bile lame dah xmkn, sskali mkn mmg rse nak lagi.
xtahu pula ade yg bole disemai. mggu lps sye p pasar bli. stlh amik pucuknye, batangnye sye cucukkan shje ke tanah sekangkang kera dpn uma. seriuously, mmg bertunas dan mmbesar dgn baik skli.
so, xyah susah sgt nk semai bagai, cube cucukkan shje btg pokok yg kite beli kat psr tu..i.allah hidup ^_^
Sebenarnya bukan semua variati tutan@ meranti atau nm saintifiknya solanum nigrum, englishnya nightshade beracun. Sayur meranti byk variasinya. Majoriti meranti beracun variati yg tumbuh di USA dan eropah.
Di sabah ada 3 jenis meranti yakni meranti hitam, meranti hijau berduri dan meranti tanpa duri.
Saya ade tanam meranti untuk dijual
Thank you for nice information. Please visit our web:
Naufal
Naufal