Microgreens bukanlah nama sejenis sayur tetapi terdiri dari kumpulan pelbagai jenis sayuran yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Microgreens berasal dari bahasa Inggeris yang merupakan gabungan dari dua perkataan, iaitu micro (kecil) dan green (hijau).
Microgreens bukanlah semata-mata diukur berdasarkan saiznya yang kecil tetapi microgreens adalah sayuran yang dituai pada usia yang masih muda iaitu sekitar 7-14 hari selepas disemai bergantung pada jenis varieti. Kaedah tanaman juga lebih mudah tetapi mempunyai teknik yang tersendiri bagi mendapat kualiti yang baik.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Apa yang terkandung pada microgreens?
Biji Benih sayuran telah diketahui mengandungi pelbagai nutrisi, vitamin, dan mineral yang diperlukan benih agar dapat tumbuh. Benih akan menggunakan nutrisi yang telah tersimpan untuk pertumbuhan batang, akar, dan daun pertama. Pertumbuhan ini akan menghasilkan atau mengeluarkan enzim-enzim di dalam benih untuk aktif bekerja. Oleh sebab itu, percambahan biji benih menghasilkan daun-daun yang kaya dengan kandungan zat yang sangat baik pada tubuh badan. Dikatakan kandungan khasiatnya lebih dari 4-6 kali ganda berbanding sayuran yang dituai pada usia tua(matang).
Di Malaysia, tanaman microgreens masih lagi baru kerana pasarannya masih lagi terhad. Hanya chef di hotel-hotel dan restoren-restoren tertentu yang menggunakan microgreens sebagai hiasan sesuatu hidangan. Ini kerana microgreens mempunyai keunikan bentuk dan warna yang menarik serta beraroma. Gubahan menggunakan microgreens mampu menyerlahkan sesuatu makanan dalam hidangan. Microgreens yang terdiri dari pelbagai varieti mempunyai citarasa yang tersendiri iaitu; dari manis, masam, hingga hingga ke sedikit pedas.
Gambar ini diambil semasa melawat Projek Microgreens (syarikat Foliage) pada 21 hb Feb yang lalu. Terima Kasih kepada kerana telah memberi penerangan dan berkongsi pengalaman mengenai Industri Microgreens.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :5606