Bagi yang biasa ke pasar borong atau biasa membeli sayur di pasar sudah pasti pernah terjumpa sayur seperti ini. Sayur ini dikenali sebagai Kakrol di Bangladesh atau Kantola di India. Sayur yang terdapat dijual di pasaran sekarang adalah diimport dari Bangladesh. Kakrol atau nama saintifiknya Momordica dioica juga dikenali spiny gourd dan teasel gourd. Sejenis tanaman menjalar yang boleh dibiakan melalui biji benih.
Cara menggunakan sayur ini atau nak masak sayur ini lebih kurang sama macam nak masak peria dan menurut penjual Bangladesh tersebut ia boleh dimasukkan ke dalam masakan Kari. Lain-lain resepi boleh buat carian di Google.
Selain dari Kakrol ada lagi beberapa jenis sayur lain seperti sayur parval juga turut dibawa dari Bangladesh kerana terdapat permintaan dari ramai pekerja asing dari Bangladesh yang menetap di Malaysia. Parval atau nama saintifiknya Trichosanthes dioica juga dikenali sebagai pointed gourd. Ia seakan menyerupai timun tetapi bersaiz lebih kecil.
Sayur Parval atau Parwal yang sangat terkenal di India ini merupakan sejenis tanaman menjalar yang boleh dibiakan melalui biji benih . Ia banyak digunakan dalam masakan kari dan juga pelbagai lagi resepi seperti pajeri dan sebagainya.
Sebenarnya ada lagi beberapa jenis sayur lagi yang dibawa dari Bangladesh namun untuk artikel kali cukuplah sekadar 2 jenis sayur yang dapat saya kongsikan. Yang menarik tentang 2 jenis tumbuhan ini ialah pokok ini mempunyai satu persamaan. Ini jelas menunjukkan pada nama botaninya iaitu Momordica dioica dan Trichosanthes dioica. Cuba teka apakah persamaan itu ?
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :48973
Assalamualaikum tuan.. Diana boleh dapat benih sayur ni?