September 30, 2023

papaya-leafSebelum ini saya ada buat post tentang khasiat pucuk betik. Seperti yang diketahui, ianya dapat menurunkan darah tinggi. Pada post kali ini, rakan kita yang juga pembaca Blog ini telah berkongsi penggunaan pucuk betik ini. Di sini saya sertakan info yang telah dikirimkannya untuk tatapan pembaca…

“Bagi keluarga khasnya emak saya, dia selalunya meminum air pucuk betik yang telah direbus kerana dia mengalami penyakit darah tinggi. Air pucuk betik rasanya mingkin lebih pahit sedikit daripada peria dan cara penyediaannya lebih mudah..

Menurutnya air ini boleh menstabilkan tekanan darah di dalam badan kita. Wanita yang hamil tidak digalakkan meminum air ini. Selalunya pucuk betik akan diambil daripada pokok betik yang tidak mudah berbuah. Cara penyediaannya adalah seperti berikut:-
1) Bersih pucuk betik/daun
2) Keratkan sepanjang 1cm
3) Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk dan rebuskan selama 30 minit.
4) Selepas itu air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk di minum dalam keadaan panas atau suam.
Pucuk betik yang telah diasingkan tadi rebuslah sekali lagi dengan air limau kasturi (air limau + kulit limau) selama 5 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya. Selepas itu buangkan airnya dan pucuk tadi bolehlah digoreng dengan ikan bilis/masin untuk dijadikan sayur.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :12895

4 thoughts on “Pucuk Betik

  1. memangla pucuk betik ni banyak khasiatnya…tu lah sebabnya pokok betik yang saya tanam semuanya hilang pucuk…kena kebas kat orang…gerammm bettul rasanya…

    lepas usha2 ngan orang rrupanya ada sorang mangkuk ni amik pucuk sebab nak buat ubat buasir…panas betul rase..kalo bagitau nak ambil ok jgak..ni tak bagitau dulu…buat macam pokok betik tu bini belah bapak dia tanam….

    tapi bagus jugak dia ambil..sebabnya lepas dia amik..semua pokok dah bercabang2…heheh..

  2. cik rahiza, jgnlah marah sgt pasal pucuk betik yg kena kebas tu….anggaplah ia satu amal jariah. Pahala tu…… mana tau dgn cara kita sedekah mcm tu, pahala kita berjalan juga…… daripada kita biarkan, ia tua dan entah2 kita pun tak makan! Tak ke sayangggg, jd kalau ada org yg nak, sedekahkan jelah… ok, jgn marah2 ye….

  3. Seperti ulasan dr.jafri, saya juga telah mendapat banyak saranan berkenaan khasiat daun betik sebagai bahan berkesan megubati demam denggi. Saya telah mengesyornya kepada beberapa sahabat yang diserang denggi dan mereka telah mengakui keberkesanan ektrak daun betik menyembuhkan denggi mereka dala masa dua tiga hari. Ada beberapa sahabat yang telah dimasukkan ke hospital kerana denggi dan telah membayar beribu ringgit sebagai bayaran perubatan dan hospital, apabila meminum ektrak daun betik telah sembuh dalam dua tiga hari!! Tindakbalas ektrak daun betik ini ada asas saintifiknya. Virus denggi adalah jenis virus yang sukar dialahkan oleh ubat kerana sifatnya yang boleh berubah dengan cepat. Itu sebabnya hingga hari ini belum ada satu ubat yang betul2 boleh melemah dan mematikan virus ini. Tetapi virus adalah jenis protin dan dalam ektrak daun atau akar betik terdapat satu enzim papayein yang selalu kita gunakan sebagai pelembut daging. Papayein ini akan bertindak terhadap virus proti denggi lalu menghancurkan sama seperti ia menghancurkan ligamen yang menyebabkan daging jadi liat. Kenapa ubat semulajadi yang percuma ini tidak dihebahkan oleh pihak berwajib, jawabnya adalah mudah. Ia percuma dan tidak mendatangkan pulangan menguntungkan kepada syarikat2 farmasi gergasi dan pihak berwajib. Harap khasit daun betik ini dapat disebarkan seluas mungkin.
    Caranya amat mudah: Petik dua tiga helai daun betik matang, carek dan blend bersama secawan air. Tapis dan beri minum pesakit pagi dan petang. Atau boleh juga direbus daun tersebut dan minum airnya. Sebagaimana yang telah dibuktikan oleh beberapa orang sahabat saya denggi akan hilang dalam dua tiga hari, insyaallah. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam