April 20, 2025

Tanah adalah terbentuk daripada bahan induk di bawahnya. Bahan induk boleh berasal daripada batuan dibawahnya atau dibawa dari tempat lain oleh kerana hakisan. Apabila bahan induk itu meluluhawa kerana bertindakbalas dengan air, udara dan organisma (haiwan dan tumbuhan), lama-kelamaan, ia bertukar menjadi tanah. Tanah terdiri daripada 5 komponen asas, iaitu partikel min­eral atau galian (daripada batuan), bahan organik, udara, air dan organisma (kebanyakannya mikroorganisma). Bahan organik dalam tanah adalah berasal daripada pereputan organisma iaitu haiwan dan tumbuhan.

Partikel mineral mempunyai tiga kumpulan saiz yang dipanggil pasir (0.02 – 2 mm), kelodak (0.002-0.02 mm) dan lempung (<0.002mm). Campuran tiga kumpulan partikel ini menentukan tekstur sesuatu tanah. Umpamanya, jika tanah itu mengandungi lebih pasir, tanah ini bertekstur kasar atau ‘ringan’ juga dikenali sebagai tanah berpasir. Tanah ini tidak dapat memegang air dan nutrien untuk tanaman. Jika lebih banyak lempung, maka tanah itu bertekstur halus atau ‘berat’; dipanggil juga sebagai tanah berlempung atau liat. Tanah jenis ini pula cepat menakung air, iaitu salirannya tidak bagus. Apabila tanah itu mempunyai kandungan pasir, kelodak dan lempung yang lebih kurang sama, ia dipanggil tanah lom.

Tanah lom adalah yang paling sesuai atau ‘ideal’ untuk tanaman dalam halaman anda. Tanah lom tidak akan menakung air; salirannya bagus kerana menghasilkan saiz ruang rongga sederhana yang menggalakkan aliran ke bawah tanah. Pada masa yang sama, ia boleh memegang air untuk diserap oleh tanaman. Jika tanah halaman anda jenis berpasir atau berlempung, tanah boleh diperbaiki dengan meningkatkan kandungan bahan organiknya. Ini ialah kerana bahan organik dapat menyatukan atau menyemenkan partikel-partikel mineral menjadi ketulan lebih kasar yang dipanggil ‘ped’ atau aggregat.

Susunan partikel dan aggregat ini di dalam tanah menyumbangkan kepada struktur sesuatu tanah. Apabila tanah berpasir atau berlempung itu lebih berstruktur, tanah berpasir dapat memegang lebih air dan nutrien, dan tanah berlempung akan mempunyai saliran yang lebih bagus.
Bahan organik yang cukup akan menggalakkan juga aktiviti mikrob seperti bakteria dan kulat.Mikrob menghidupkan tanah dan mempengaruhi keadaan nutrien dalam tanah, seperti mereputkan bahan organik dan membebaskan nutrien daripadanya supaya dapat diserap oleh tumbuhan. Hasil terakhir pereputan ialah humus. Humus mempengaruhi sifat fizik dan kimia tanah dan seterusnya kesuburan sesuatu tanah.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :7528

1 thought on “Segenggam Tanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam