January 20, 2025

Pengawet makanan adalah aditif penting yang berfungsi untuk mengawal pertumbuhan mikro-organisma dalam makanan dan memanjankan jangka hayatnya. Namun, penggunaan pengawet perlu dilakukan dengan berhemah kerana ia boleh membawa kepada kesan sampingan jika digunakan secara berlebihan. Artikel ini membincangkan dua jenis pengawet iaitu asid benzoik dan nitrat/nitrit.

Asid Benzoik adalah sejenis pengawet yang boleh ditemui secara semula jadi atau sintetik. Ia biasa digunakan dalam produk makanan yang cepat rosak seperti jem, sos dan cili boh kerana sifatnya yang antibakteria dan antikulat. Bentuk lain asid benzoik seperti natrium benzoat dan kalium benzoat juga digunakan sebagai pengawet.

Namun, asid benzoik jika digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan perut dan berpotensi menjejaskan sistem saraf. Ia juga boleh memburukkan keadaan bagi individu yang mengalami lelah atau mempunyai penyakit kulit seperti urtikaria dan ekzema. Bagi mereka yang alah kepada pewarna tiruan atau aspirin, mereka mungkin mengalami reaksi alergi terhadap asid benzoik.

Nitrat dan Nitrit adalah jenis pengawet lain yang biasa digunakan dalam produk makanan berbahan daging. Ia berfungsi untuk mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya seperti Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan botulisme, suatu keadaan berbahaya yang boleh membawa kepada kematian.

Walau bagaimanapun, nitrit juga boleh membawa kepada kesan sampingan seperti mual, muntah, pening dan tekanan darah rendah. Di dalam perut, nitrit boleh bertukar menjadi nitrosamina, sejenis bahan kimia yang telah dikaitkan dengan kanser. Nitrat juga boleh menyebabkan sakit perut, muntah, kelemahan otot dan kadar denyutan jantung yang tidak menentu.

Sebagai pengguna, penting untuk kita mengambil berat tentang pengawet dalam makanan yang kita konsumsi dan memastikan penggunaannya berada dalam tahap yang selamat. Selalu rujuk kepada label pada pembungkusan makanan untuk mendapatkan maklumat ini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :540

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam