October 9, 2024

Pokok Rengas (Gluta spp) adalah salah satu spesies tumbuhan dalam keluarga Anacardiaceae yang lazim ditemui di hutan-hutan Malaysia. Apa yang membuat pokok ini menarik adalah sifatnya yang beracun, khususnya getahnya. Pokok ini cukup mudah dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri uniknya seperti getah berwarna hitam dan bentuk daunnya yang serupa dengan daun pokok mangga, yang juga sebahagian dari famili yang sama.

Menurut pengalaman ramai, jika terkena getah pokok Rengas, keadaan melecur yang amat sakit dan kegatalan yang melampau akan berlaku. Hasil daripada getah ini pada kulit mungkin berlangsung lebih seminggu jika tidak dirawat. Jika berlaku situasi tersebut, langkah pertama yang boleh diambil ialah menggosok kawasan kulit yang terkena getah dengan permukaan tanah sehingga hilang kesan getahnya.

Menurut maklumat daripada sumber lain, di mana seorang pegawai muda telah meninggal dunia akibat alahan teruk terhadap pokok ini. Beliau dikatakan telah mengacau beras yang ditanak menggunakan ranting kayu dari pokok Rengas, dan setelah beberapa hari dimasukkan ke hospital di Kota Kinabalu, beliau meninggal dunia.

Namun, walaupun pokok ini menimbulkan risiko, terdapat petua yang boleh membantu merawat dan mencegah kesan getah Rengas. Jika terkena getahnya, elakkan penggunaan sabun wangi semasa mandi dan cukuplah dengan hanya menggunakan air.

Selain itu, bahagian dalam kulit pokok rhu juga boleh diusap pada kawasan kulit yang terkena getah Rengas sebagai penawar. Selain itu, serbuk perasa atau ajinomoto yang ditumbuk halus juga boleh disapu pada kulit yang melecur untuk menghilangkan rasa gatal dan mengeringkan luka tersebut.

Satu lagi petua yang dikongsikan oleh komuniti Tawau, Sabah, ialah dengan mengambil daun Rengas yang telah kering dan membakarnya sehingga menjadi abu. Kemudian, abu dari daun Rengas ini dicampurkan dengan minyak masak dan disapu pada tempat yang terkena getah Rengas.

Sekiranya ingin memotong kayu Rengas, pastikan untuk melindungi diri dengan memakai pakaian yang melindungi sebahagian besar badan anda. Secara amnya, pengetahuan mengenai pokok Rengas dan bagaimana untuk merawat dan mencegah kesan getahnya adalah penting untuk sesiapa saja yang sering berada di hutan atau bekerja dengan kayu-kayuan.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :6158

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam