Apa itu Fungisida? Fungisida adalah bahan kimia yang boleh menghalang pertumbuhan atau perkembangan patogen kulat. Ia merupakan alat penting yang digunakan oleh petani secara proaktif untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta hasil tumbuhan.
Dengan mengawal penyakit tumbuhan akibat kulat, petani boleh menjimatkan sehingga 125 juta tan makanan setiap tahun – yang mencukupi untuk memberi makan kepada 600 juta orang.
Walau bagaimanapun, spesies kulat tertentu boleh menjadi tahan terhadap fungisida. Ini bukan sahaja mengurangkan keberkesanan fungisida dalam jangka panjang, tetapi juga boleh mengurangkan jumlah makanan yang dapat dihasilkan
Bagaimana Rintangan Fungisida Berkembang (EVOLVE)?
Ia adalah proses evolusi yang terbentuk melalui keupayaan hidup dan penyebaran kulat tahan selepas penggunaan rawatan fungisida yang sama berulang kali.
- Apabila fungisida dikenakan, kebanyakan kulat yang mudah terdedah akan mati. Namun, beberapa individu dalam populasi kulat mungkin mempunyai sifat semula jadi yang membuat mereka tahan terhadap jenis kimia tertentu.
- Apabila bahan kimia digunakan, ia mengawal hampir semua kulat dalam populasi. Namun, individu yang tahan terhadap tindakan kimia tersebut dapat bertahan hidup.
- Individu yang bertahan hidup ini akan membiak sepanjang masa. Apabila fungisida dengan mod tindakan yang sama digunakan berulang kali, ia membolehkan populasi yang tahan untuk berkembang biak.
Oleh itu, penting bagi petani untuk mengamalkan strategi pengurusan rintangan fungisida yang baik untuk mengekalkan keberkesanan fungisida dan memastikan produktiviti tanaman yang tinggi.
Number of View :428