February 15, 2025

Pernahkah anda terfikir apakah keistimewaan limau purut? Mari kita selami lebih mendalam tentang limau purut dan penemuan terbaru daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Artikel ini diringkaskan dari sebuah kajian yang dijalanlan oleh FRIM bertajuk ‘PEMILIHAN DAN PENGHASILAN BAKA LIMAU PURUT (CITRUS HYSTRIX) BERMUTU TINGGI‘.

Limau Purut?

Limau purut, yang dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Citrus hystrix, merupakan sebahagian daripada keluarga Rutaceae. Ia berasal dari benua Asia, namun kini tumbuh subur di negara kita, Malaysia, serta di Thailand. Minyak pati limau purut telah lama dikenali sebagai salah satu minyak pati yang paling diminati.

Kegunaan Limau Purut

Daun limau purut tidak hanya memberi aroma khas dalam masakan seperti tomyam, tetapi juga dikenali sebagai sumber penggalak antitumor atau pencegah kanser. Buahnya pula telah digunakan secara tradisi untuk pelbagai tujuan, dari mencuci rambut hingga penggunaan dalam penjagaan diri.

Penemuan Terbaru FRIM

Mengambil kira potensi limau purut, FRIM telah menjalankan satu kajian khas. Mereka menumpukan perhatian kepada minyak pati yang diekstrak dari daun dan kulit buah limau purut. Hasil daripada penyelidikan ini, FRIM berjaya menemui baka-baka limau purut yang memiliki kualiti tinggi, terutamanya dari segi hasil minyak pati dan kandungan sitronellal.

Di Semenanjung Malaysia, terdapat 9 populasi limau purut yang telah dikaji untuk menilai kuantiti dan kualiti minyak pati yang dihasilkan.

Cara Pengutipan:

Pokok induk yang dipilih mempunyai sifat-sifat fenotip yang baik seperti jumlah daun dan buah yang lebat serta bebas dari serangan penyakit dan perosak. Untuk memastikan hasil minyak pati adalah dalam keadaan terbaik, semua daun dikutip dan disaring terus di lapangan melalui “mobile lab”

Proses Penyulingan:

Sebaik sahaja daun dikutip, penyulingan minyak pati dijalankan menggunakan peralatan jenis Clavenger selama 6 jam. Setiap sampel diambil sebanyak 3 kali untuk mendapatkan hasil yang tepat.

Analisa Kandungan Kimia:

Teknologi terkini seperti kromatografi gas dan kromatografi gas jisim spektrometri digunakan. Ini membantu umtuk mengenal pasti komponen-komponen kimia dengan lebih tepat.

Penemuan Utama:

Antara 9 populasi yang dikaji, populasi Kuala Berang mencatatkan jumlah minyak pati tertinggi iaitu 4.2%. Sitronellal dikenal pasti sebagai sebatian utama yang hadir di dalam minyak pati limau purut, khususnya dari populasi Kuala Berang dengan purata tertinggi 83.7%.

Keputusan:

Dari hasil kajian, 10 pokok induk telah dipilih sebagai baka yang berkualiti tinggi. Pokok-pokok ini akan dijadikan sebagai sumber stok bahan tanaman untuk masa hadapan. Anak-anak klon daripada pokok terpilih ini kini ditempatkan di FRIM

Kesimpulan:

Minyak pati limau purut berkualiti tinggi sangat penting dalam industri pewangi. Dengan penemuan ini, kita dapat memastikan sumber minyak pati berkualiti tinggi untuk industri dan meningkatkan mutu produk yang dikeluarkan.

Rujukan : Prosiding Persidangan Industri Herba 2015( PEMILIHAN DAN PENGHASILAN BAKA LIMAU PURUT (CITRUS HYSTRIX) BERMUTU TINGGI)

Number of View :562

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam