Lada hitam merupakan sejenis rempah yang tidak asing lagi digunakan dalam pelbagai resepi masakan terutamanya penggunaan produk biji lada hitam dan sos lada hitam. Antara resepi yang popular ialah daging masak lada hitam dan ayam masak lada hitam. Artikel kali ini mengenai lada hitam dan lada putih di mana ada sesetengah orang masih keliru mengenai perbezaan antara kedua-dua jenis lada ini.
Seperti yang anda lihat di atas, merupakan lada hitam yang segar dan baru dipetik dari pokok dan masih kelihatan kehijauan. Bagi menghasilkan lada hitam, lada yang masih kehijauan tersebut terus dikeringkan sehingga warnanya bertukar kehitaman.
Bagi penghasilan lada putih, buah yang hampir masak dipilih dan direndam di dalam air mengikut tempoh tertentu bagi memudahkan proses pengupasan. Kemudian ia dijemurkan sehingga kering dan bewarna keputihan.
Oleh sebab pemprosesan lada putih lebih sukar, maka harganya juga lebih mahal berbanding lada hitam. Dari segi rasa, saya sendiri tidak pasti yang mana satu lebih sedap kerana ia bergantung pada citarasa masing-masing.
Pelbagai jenis produk lada hitam yang kini terdapat di pasaran seperti sos lada hitam dan jeruk lada hitam.
Bagi yang ingin menanam lada hitam, hasil pertama boleh diperolehi di antara 2-3 tahun selepas menanam.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :23367