Salam semua.. Dah lama tak update Blog.. Minggu lepas pergi Ayer Hitam. Saya nak update sedikit la statistik pencarian untuk bulan Mei. Tahukah anda, apakah tumbuhan yang paling popular dan ramai orang ingin tahu.. Ok.. saya akan sertakan sedikit maklumat untuk anda. Berikut merupakan statistik pencarian tentang tumbuhan di Blog ini dengan menggunakan enjin carian Google/Yahoo/etc pada bulan Mei 2009. Mengikut statistik sebenar terdapat 6,388 kata carian (keyword) di enjin pencarian yang bertemu dengan Blog www.fazlisyam.com. Sedikit kekurangan berbanding bulan lepas(7,501). Namun, di bawah ini merupakan Carta top 20 yang tertinggi bagi kata carian yang tertinggi. Jumlah visitor pada bulan Mei 2009 pula ialah mencecah 11,723 orang.
Kata carian
orkid 226 (bilangan carian)
landskap 179
bunga raya 173
herba 153
tanaman herba 138
tanaman hiasan 135
khasiat misai kucing 118
bunga ros 113
kelapa sawit 113
tunjuk langit 107
pokok gaharu 101
bunga orkid 97
roselle 93
misai kucing 88
teknologi pertanian 83
buah delima 82
tumbuhan 79
tumbuhan herba 75
periuk kera 75
rempah ratus 73
Kesimpulannya, bunga orkid sekali lagi mengekal kejuaraan iaitu menjadi bunga yang paling popular mengalahkan bunga-bunga lain walaupun cuba dipintas dengan bunga raya. Bagi kategori herba, pokok misai kucing juga berjaya mengekalkan kejuaraan dan seterusnya menjadi herba paling popular pada bulan Mei.
Antara keyword atau lain-lain kata carian pada bulan April yang jarang di temui di Blog ini dan saya rasa ianya unik ialah bonsai pohon beruas, khasiat rotan songsang, khasiat daun kecubung, khasiat akar pokok inai, cara membunuh pokok buluh dan rumput gajah.
Number of View :8971
salam..betul ke orkid juara..tak sia-sia bergosip pasal orkid ni..apa kata cerita pasal periuk kera plak..:-)
Salam, orkid dah kedepan, apa kata kita promosikan pokok periuk kera, apa yg ana tau pokok ni ada nilai komersial