October 5, 2024
kesidang Kesidang atau Nama saintifiknya Vallaris glabra merupaka sejenis pokok renek yang memanjat, berasal dari pulau Jawa. Daunnya bujur berwarna hijau muda serta mempunyai urat-urat yang jelas. Bunga kecil berwarna putih, berjambak dan terbit pada pucuk dahan atau ketiak daun. Setiap jambak terdapat 10 – 20 kuntum bunga. Bunga kesidang kembang di waktu pagi dan berbau wangi. Di waktu malam bunganya akan lebih wangi mengharumi persekitaran. Batangnya keras dan padat berwarna kuning keputihan serta mengeluarkan getah putih yang amat lekit. Lekitnya tidak hilang jika tidak dicuci dengan sabun. Ada yang menanam di dalam pasu, namun biasanya ditanam di halaman. Dengan habitatnya yang memanjat dan menjalar elok disediakan para. Pokok ini sesuai dijadikan penutup pada gazibo untuk tujuan redupan di taman-taman. Ekstrak bunga kesidang amat sesuai dijadikan wangian kerana aromanya yang lembut dan menyegarkan.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :19928

11 thoughts on “Bunga Kesidang

  1. Baunye memang sedap sebab arwah nenek di kampung dulu ada tanam.

    Saya juga ada tanam tetapi di dlm pasu. Camna cara penjagaannya ? pokok saya tak pernah tumbuh bunga lagi.

  2. Saya juga baru tanam anak benih kesidang minggu lalu di atas tanah di ikat pada kayu supaya lurus naiknya. Tinggi lebih kurang 1/2 meter. Berapa lama ia mengeluarkan bunga? siapa tahu?

  3. Kalau kat tempat saya kita panggil dengan nama pokok bunga kerak nasi. Saya alah dengan bauan bunga ini jika saya menghidunya tak sampai 5 minit kepala pening nak muntah. Jika anda berkunjung ke Masjid Tanjung Dawai Kedah anda akan dapat melihat kiri kanan jalan menuju mesjid ditanam dengan pokok ini. Bunga ini selalunya diletakan disanggul kepala dan pewangi bedak sejuk.Keharumannya boleh menenang jiwa.

  4. bunga kesidang wangi sangat saya amat menyukai bunga ini.. tapi cuba tanam tempohari kawan bagi keratan batang tapi tak tumbuh pulak..

  5. pokok ni tak susah nak jaga, kalau nak cepat bunga bubuh baja, bila di cantas lagi rendang lagi eluk tanam di tanah.tanam dgn keratan btg pastikan yg dah berbunga. dia ambil masa nak bunga….sabarlah lama2 nanti bunga gak. bau nya tak de tandingan dgn bunga lain memang harum menyegarkan. saya suka letak di kepala dan badan bila jln bau wangi….

  6. pokok kesidang yang ku tanam sekian lama akhirnya berbunga juga. Harumnya terutama diwaktu malam. Memberikan suatu aromaterapi bagi sesiapa yang menghidunya. Kalau nak cepat berbunga gunakan baja organik

  7. mmg harum baunya,hari2 berbunga dgn syarat ada baja,cantas bila dah menjalar panjang dan siram setiap ari kecuali bila hujan lbt.baunya mcm daun pandai tapi lbh wangi dan harum.

  8. kami sebut “tikam seledang”mmg sangat harum baunya rasanya saya belum lagi jumpa bunga yang lebih harum dari kesidang ni….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam