Pokok bunga kertas yang berasal dari Amerika Selatan ini sering ditanam di taman dan kawasan perumahan. Justeru, ia menjadi pilihan tanaman hiasan tropika sangat popular kerana ia sangat menarik dan penjagaannya pula mudah. POKOK bunga kertas atau bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik.
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvillea, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis. Pokok yang tergolong dalam famili nyctaginaceae mengandungi terdiri daripada 250 spesies. Di Malaysia banyak kacukan dilakukan untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak.
Penjagaannya mudah, tidak memerlukan masa yang lebih kerana spesies tumbuhan ini sangat sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika dan khatulistiwa seperti negara kita dan boleh memanjat hingga 10 meter tinggi . Batang pokok bunga itu agak keras, mempunyai duri yang tajam dan bercabang-cabang yang menjadikannya mudah dibiakkan di mana-mana. Pembiakannya pula hanya memerlukan keratan batang yang boleh disemai di dalam beg plastik ataupun pasu dengan cara mudah.
Selain itu, ia juga mempunyai sudur yang rapat, daun yang lebar dan berbentuk bujur tirus yang mampu membentuk rimbunan pokok di kawasan halaman rumah atau juga sebagai tumbuhan pagar di kawasan yang menarik. Bunga ini juga mempunyai bahagian yang berwarna-warni yang dinamakan pengasuh bunga yang mampu menjadikan bunga itu mempunyai kombinasi warna yang menawan pandangan mata sesiapa saja.
Walaupun bunga ini bersaiz kecil dan berbentuk corong namun kegunaannya begitu baik oleh segelintir masyarakat yang menganyam untuk dandanan rambut, campuran bunga untuk mandian pewangi. Tarikan mempesonakan bunga ini jadi bualan penduduk di negara kita kesan daripada bentuknya dan warnanya yang menarik hati. Warna bunga ini terdiri daripada jingga, merah menyala, merah jambu, merah pucat, kuning, ungu, putih dan pelbagai campuran warna.
Sedikit penjagaan ringkas, penyiraman air dan pembajaan sempurna mampu mengembalikan kesegaran bunga kertas ini dalam jangka masa kurang dua minggu. Jika mahukan pokok ini berbunga sepanjang masa, kita perlu mengurangkan air dan baja serta letakkan pasu bunga itu terdedah dengan matahari.
Number of View :36664
Salam.
Benar… bougainvillea memang tak banyak kerenah.
Saya pun salah seorang yang minat sangat dengan bunga kertas ni. Setakat ni di laman kami ada koleksi macam2 kaler tapi yang jadi faveret nya yang kaler merah cili. Saiz bunganya lebih kecil berbanding lain2 bougainvillea… Wassalam.
Salam,
Saya menghadapi kesukaran untuk menjaga dan menyuburkan pokok ini,saya mengalami kesukaran dan memerlukan pertolongan para sahabat untuk memberi pendapat dan cara yang terbaik untuk menjaga pokok ini.Di tempat saya bekerja pertumbuhan daun dan bunga adalah tidak sekata di setiap kawasan.Kawasan yang mengalami masalah adalah di kawasan bahagian lereng,pokok bunga kertas di tempat saya bekerja tidak menghasilkan daun yang banyak dan tidak berbunga,hanya tinggal batang dan daun-daun kecil sahaja.Saya ingin menanyakan sesuatu kepada sahabat-sahabat yang boleh membantu…adakah sesuai pokok ini di tanam di bawah pokok yang besar dan saya ingin bertanya jenis baja apa yang dapat membantu untuk menggalakkan pertumbuhan daun dan bunga serta berapa kali proses penyiraman perlu di jalankan pada pokok ini serta masa yang sesuai untuk menyiram?Diharapkan segala ilmu dapat di kongsi bersama
Pokok bunga kertas ni sebenarnya tiada masalah kalau berada di bawah lindungan.. kalau nak dia keluarkan daun dan bunga yg banyak.. boleh cuba letak baja kimia NPK 15.15.15 yg biasa sahaja.. lepas tu kena biarkan dia dalam keadaan kemarau seketika.. lepas tu anda boleh lihat dia keluarkan bunga dengan banyak..
saya ada tanam pokok bunga kertas tp bunganya tak byk seperti yang saya lihat kat taman2 bunga,baja yg saya tabur tak la banyak,tp bukan bunga yg lebat daunnya pula yang byk.
Saya pun ada menanam pokok bunga kertas, sentiasa berbunga sepanjang tahun. habis bunga lama ganti bunga baru, cara yang saya buat ialah selalu prun / potong pucuk atau dahan2 setelah bunga2 dah gugur kemudian taburkan baja tahi ayam / NPK 13-10-21 / NPK 8-8-8 / NPK 15-15-15. Seeloknya guna baja NPK yang k nya tinggi.
saya dapat info untuk membuat kerja sekolah saya dapat info tentang bunga kertas terima kasih