September 20, 2024

Buah Mundu atau nama saintifiknya Garcinia dulcis, juga dikenali sebagai buah munu di Indonesia dan Malaysia. Pokok buah-buahan tropika ini dikatakan berasal dari Filipina, Jawa, Kepulauan Sunda Kecil, Indonesia timur (Sulawesi, Kalimantan, dan Kepulauan Maluku), dan Papua New Guinea. Pokok yang menyerupai pokok Manggis ini merupakan pokok yang bersaiz kecil atau sederhana dengan dahan-dahan dan bahagian bawah daun yang terdapat bulu. Sama seperti pokok manggis, pokok mundu juga mempunyai musim buah tertentu.

Sesuatu yang unik mengenai pokok ini adalah lateks atau getahnya. Warna putih terang dari getah ini perlahan-lahan berubah menjadi warna kuning setelah terdedah kepada udara. Namun, di dalam buahnya, getah ini mengekalkan warna kuningnya. Daun muda pokok ini berwarna hijau pucat manakala daun matang pokok ini berwarna hijau gelap dan mempunyai saiz daun yang panjang. Daun pokok Mundu ini berbentuk oblong-elliptik dan sedikit keras.

Bunga jantan dari pokok Mundu berukuran kira-kira 0.4 inci dan mempunyai bau yang menyerupai gabungan aroma limau dan susu masam. Warna bunga ini adalah putih krim dan bentuknya seperti loceng. Bunga-bunga ini biasanya terletak dalam kelompok kecil pada cabang di belakang daun. Terdapat 5 kelopak bunga dan jarang sekali dapat dipisahkan. Setiap bunga jantan ini mempunyai lima stamen dengan kepala yang bercabang pendek, dan tiada ovari mandul (infertile atau sterile).

Bunga betina pada pokok ini berukuran sama seperti bunga jantan, tetapi bau yang dihasilkan adalah lebih kuat. Batang bunga ini adalah lebih panjang, antara satu hingga satu setengah inci. Pembukaan bunga ini disekat oleh stigma yang mempunyai lima sinar. Bunga-bunga ini mempunyai lima stamen mandul (infertile atau sterile) dan juga mempunyai nektar.

Buah Mundu berukuran antara dua hingga tiga inci, bentuknya bulat, sedikit meruncing di bahagian hujung. Buah berwarna kuning terang apabila masak, dan mempunyai 1 hingga 5 biji berwarna coklat yang dikelilingi oleh isi berwarna oren muda.

Pokok Mundu ini ditemui di Jawa, Borneo dan Filipina, dan juga ditemui terdapat di kampung-kampung dan kebun-kebun di Malaysia, terutamanya di bahagian utara negara. Namun, pokok ini tidak ditemui dalam keadaan liar. Meskipun bunga-bunga berbentuk loceng dengan pembukaan kecil di antara kelopak tampak berbeza daripada spesies Garcinia lainnya, lateks dan daun yang menyerupai Manggis dengan menunjukkan ia sebahagian daripada genus Garcinia.

Buah Mundu adalah terlalu masam untuk dimakan segar, namun ia boleh dijadikan kudapan manis atau digunakan untuk membuat jem yang lazat. Pewarna hijau boleh diperoleh dari kulit pokok, dan apabila dicampur dengan indigo ia memberikan warna coklat yang digunakan untuk mewarnakan tikar. Dari buah yang belum masak boleh diperolehi pewarna kuning, dipanggil gamboge, tetapi dianggap rendah kualiti berbanding pewarna dari anggota genus yang sama seperti Garcinia xanthochymus.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :4494

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam