September 22, 2023

cempedak durian

Artikel kali ini mengenai buah cempedak durian yang semakin banyak dijumpai di jual di pasar-pasar tani dan pasar malam termasuklah pasaraya besar (hypermarket). Nama Cempedak durian membuatkan ada yang terkeliru samada adakah buah ini hasil dari kacukan cempedak dan durian? Jawapannya sudah tentu tidak.

Diketahui, Cempedak durian diberi nama berdasarkan kulit luar cempedak yang seakan-akan berduri kasar seperti durian, tidak seperti cempedak yang biasa, kulit luar lebih rata dan tidak menonjol. Ada juga yang menyatakan buah ini seakan buah cempedak nangka.

isi cempedak durian

Penulis biasa menemui buah ini dijual di Pasar Tani dengan harga RM6/kg. Persoalannya.. adakah berbaloi membeli cempedak durian ini? adakah ianya lebih istimewa berbanding cempedak yang biasa?Daripada pemerhatian, buah ini kebiasaannya bersaiz kecil iaitu lebih kurang di antara 1.8- 2.2kg. Penulis sempat membeli sebiji buah cempedak durian (berat 1.8kg dengan harga RM10.80) bagi mengetahui citarasanya dan menilai kualitinya.

Memang tidak dapat dinafikan, rasa ulas/isi buah ini memang sangat manis (makan mentah) apabila ia mencapai tahap kemasakannya. Walau bagaimanpun daripada bedah siasat yang dilakukan, sebiji buah 1.8kg hanya mengandungi lebih kurang 15 ulas/isi sahaja.

Berat isi hanya lebih kurang 700 gram manakala berat kulitnya ialah 1.1kg iaitu hampir 61% berat adalah kulitnya sahaja (kulit tebal). Lebih jelas lagi, dengan harga RM10.80 sebiji, saya mendapat 15 ulas/isi buah. Ini bermakna setiap ulas/isi berharga lebih kurang 70sen.

Samada berbaloi atau tidak anda sendiri yang tentukan. Bagi setengah pembeli mereka suka buah ini kerana saiznya kecil, jadi tak perlu membeli buah cempedak yang biasa kebiasaanya bersaiz besar. Daripada beberapa komen, ada yang menyatakan buah ini tidak berapa sedap jika digoreng. Penulis belum dapat pastikan kerana belum sempat cuba menggorengnya. Makan begitu sahaja pun dah sedap.

Jika anda mempunyai informasi mengenai cempedak durian ini, silalah kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :18976

6 thoughts on “Cempedak Durian

  1. Daripada penilaian saya cempedak durian ini yang juga dikenali sebagai Nancem di Sarawak (gabungan dua perkataan Nangka + Cempedak) tidaklah setanding dengan cempedak asli. Aroma buahnya yang masak kurang ‘menyengat’ berbanding dengan cempedak asli serta ulas isinya agak lembik.

  2. kulit dia dibuang sedikit hingga hilang kaler hijau, direbus dan dimakan begitu shj (cicah budu) ataupun boleh dimasak lemak putih atau lemak kuning. begitu juga dgn jeraminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam