Pengenalan Kepada Bidang Arborikultur

Arborikultur dalam bahasa yang mudah adalah satu bidang pengurusan penjagaan pokok (plant health care) dalam konteks pemilihan, penanaman dan pengurusannya sebagai elemen landskap dan komponen taman. Bidang Arborikultur telah berkembang luas di negara-negara maju seperti di Amerika dan di Eropah. Di Malaysia, bidang Arborikultur ini baru diperkenalkan pada tahun 2005 menerusi Program Persijilan Arboris.
Arborikultur merupakan suatu gabungan seni dan sains memilih, menanam dan memelihara pokok besar, pokok renek dan Iain-lain tumbuhan berkayu di persekitaran bandar untuk yang ditanam untuk kebaikan manusia. la merupakan suatu cabang hortikultur di dalam sains tumbuhan. Tumpuan diberikan kepada aktiviti penjagaan sesuatu individu pokok atau kumpulan kecil pokok-pokok, berbanding dengan pengurusan hutan bandar yang fokus utamanya lebih kepada pengurusan kumpulan pokok-pokok yang lebih besar melalui amalan arborikultur & silvikultur. Arborikultur diasaskan daripada penyelidikan dan pembangunan, serta bersandarkan biologi pokok.
Arborist merupakan individu yang dilatih secara profesional tentang seni dan sains menanam, memelihara dan menjaga pokok sebagai satu unit. Arborist berkongsi pendapat tentang fungsi pokok dengan Iain-lain professional dan melihat pelbagai kelemahan di dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan projek landskap pada masa kini.
Arborikultur mampu menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan dan kepakaran dalam penjagaan pokok kepada masyarakat daripada golongan professional sehinggalah kepada pembuat dasar. Berdasarkan kepada status terkini tahap penjagaan pokok dan isu-isu semasa yang berkaitan, peranan arborist di dalam pembangunan landskap dan pengurusan hutan bandar amat diperlukan.
Piawaian industri penting bagi mengukur kualiti dan prestasi amalan arborikultur. Malaysia belum mempunyai piawaian industri yang berkaitan berbanding dengan negara-negara maju. Isu-isu keselamatan semasa menjalankan kerja penjagaan pokok, prestasi amalan kerja, kualiti pokok-pokok daripada tapak semaian serta kompetensi individu yang menjalankan kerja penjagaan pokok memerlukan piawaian secara khusus di bidang berkaitan.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7759

Bagaimana pokok diberi nama?

Setiap pokok di dunia ini dapat dikenali melalui beberapa nama yang diberikan kepadanya. Nama-nama tersebut adalah nama tempatan, nama jolokan atau nama gelaran dan nama botani atau nama saintifik.
Nama tempatan dan nama jolokan bagi satu pokok itu adalah berbeza di antara satu tempat dengan tempat yang lain mengikut selera masyarakat setempat dan boleh ditukar jika diperlukan. Ini menimbulkan ke-keliruan dalam mengenali sesuatu pokok terutama jika melibatkan individu dari pelbagai negeri dan negara.
Bagi mengelakkan kekeliruan itu, satu nama standard telah dicipta yang dinamakan nama saintifik atau nama botani. Nama ini adalah nama khusus bagi setiap pokok di dunia ini dan tidak mudah ditukar. Jika perlu ditukar, ia terpaksa menjalani satu prosedur yang agak rumit. Nama ini diberikan oleh taxonomist dengan berpandukan kepada undang-undang tertentu.
Semua nama untuk setiap pokok di dunia ini dimuatkan dalam satu ensiklopedia dan dihuraikan secara terperinci mengenai pokok berkenaan bagi tujuan rujukan dan penyelidikan. Kebiasaannya, bahasa yang digunakan untuk menamakan pokok ini adalah bahasa Latin. Semua pokok yang mempunyai ciri-ciri yang seakan sama akan dikumpulkan dalam satu kumpulan besar dinamakan famili.
Secara lebih dekat, nama botani mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Perkataan pertama adalah nama genus dan perkataan keduanya pula adalah nama spesies iaitu nama yang khusus diberikan untuk pokok berkenaan sahaja.
Selain dari itu, terdapat juga nama yang ketiga dalam nama saintifik pokok tertentu seperti var. yang bermaksud variety, iaitu merujuk kepada caltivar atat satu kepelbagaian pokok yang wujud melalui proses pe nanaman dan tidak wujud di alam semula jadinya Manakala perkataan hibrid pula bermakna pokok itu hasil dari kacukan dua jenis spesies dari genus yanj sama. Pokok terbaru yang dihasilkan itu tidak wujud di alam semula jadinya.

Kesimpulannya, nama-nama yang disebutkan di atas dihuraikan seperti di bawah ini
Bunga kebangsaan kita iaitu bunga raya dikenali dengan beberapa nama berikut:
Nama saintifik/nama botani: Hibiscus rosa-sinensis
Nama tempatan: Bunga Raya
Nama jolokan/gelaran: Shoe flower (Bunga Kasut), Chinese Hibiscus
Famili: Malvaceae.
Dalam contoh di atas, Hibiscus adalah nama genusnya sementara nama spesiesnya ialah rosa sinensis,
Asas nama spesies sesuatu pokok itu diberikan berasaskan kepada perkara berikut:
– Ciri-ciri pokok berkenaan seperti daun kecil (microphyllum), bujur lebar daunnya (oblongifolia) dan sebagainjj
– Orang yang menemukan atau membuat kacukan pokok berkenaan. (Renanthera Kalsom)
– Negeri atau negara asal pokok berkenaan (japonica) atau nama tempat. Sejenis orkid dinamakan Renantam Shah Alam
– Nama pemimpin atau nama orang kenamaan. Dua jenis bunga raya dinamakan Hibiscus rosa-sinen:
‘Dr. Mahathir’ dan Hibiscus rosa-sinensis ‘Dr. Siti Hasmah’.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :11734

Keperluan Asas Pokok Hiasan

Mungkin ada di antara kita yang menyerahkan tumbesaran pokok tanaman kita kepada nasib dan alam semula jadi untuknya membesar tanpa mengambil inisiatif untuk mengetahui keperluan tertentu bagi setiap pokok yang ditanam. Sebenarnya setiap pokok mempunyai keperluannya yang tersendiri untuk hidup subur dan cantik sentiasa. Keperluan yang dimaksudkan itu ialah medium tanaman, kekerapan siraman air, dedahan kepada cahaya matahari serta jenis baja dan kekerapan pembajaan yang sesuai untuknya tumbuh subur.

Proses-proses yang perlu dilalui oleh tumbuhan menggunakan bahan serta keperluan di atas ialah fotosintesis, respiratori dan transpirasi. Proses-proses ini secara ringkasnya menghasilkan makanan, tenaga, menolong pengedaran bahan mineral ke seluruh bahagian pokok serta menyejukkan pokok apabila hari panas. Dengan memberi keperluan yang seharusnya pada setiap pokok yang ditanam itu, Insya-ALLAH, ia akan hidup subur sentiasa,

Mungkin ada di antara pembaca biasa mendengar dan mempercayai kata-kata bahawa hanya orang tertentu yang mempunyai ‘tangan yang sejuk’ atau green fingers yang boleh menanam pokok hiasan dengan jayanya. Saya tidak pasti sama ada kepercayaan itu betul atau tidak kerana tiada kajian ilmiah terperinci dilakukan bagi membuktikan kesahihannya.

Namun, apa yang pasti dan boleh diamalkan ialah:
1) Mulakan apa-apa kerja penanaman pokok dengan bacaan Bismillah…
2) Berikan segala keperluan pada setiap pokok yang ditanam itu untuknya hidup subur.
3) Bertawakkal kepada ALLAH dan Insya-ALLAH pokok kita akan hidup subur. Jika ia mati sekalipun, kita perlu mencari puncanya dan cuba untuk menanamnya semula sehingga berjaya dan jangan sesekali berputus asa. Mungkin kita kurang memberI perhatian ke atas keperluannya sehinggakan ia kurang subur atau pun mati.

 

 

Number of View :8629

Tanaman Herba Di Malaysia

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan sumber khazanah alam semulajadi dan sesuai dijadikan sebagai pusat penghasilan dan perubatan herba tradisional secara komersial. Usaha memperkembangkan industri ini memerlukan penglibatan petani dan pengusaha sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Bagi pengusaha tanaman herba, mereka mudah untuk mendapatkan tanaman ini terus dari kawasan hutan atau melakukan proses perkembangbiakan tanaman daripada benih yang diperolehi.Tanaman herba yang diperolehi akan digunakan sebagai bahan dalam perubatan herba tradisional. Industri perubatan herba tradisional di Malaysia diyakini mampu meningkatkan sumber ekonomi negara.

Malaysia memiliki sebanyak 7,000 spesies tanaman herba yang berkhasiat. Walau bagaimanapun, khasiat tanaman herba masih belum dapat dlmanfaatkan sebaik mungkin dalam mengubati sesuatu penyakit. Keadaan ini amat merugikan masyarakat secara Umumnya dan juga perkembangan ekonomi negara. Bagi  masyarakat terutamanya masyarakat Melayu, mereka menganggap kaedah rawatan melalui penggunaan tanaman herba merupakan satu kaedah perubatan tradisional bersifat alternatif yang memiliki keunggulan dan keunikan yang tersendiri.

Kesedaran tentang bahaya penggunaan bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam ubat-ubat moden menyebabkan masyarakat kini beralih untuk kembali menggunakan khazanah alam secara semulajadi. Dalam bidang perubatan pula, keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan tanaman herba semakin penting dan bernilai di mata masyarakat. Malangnya, sehingga kini, penghasilan tanaman herba hanya dilakukan secara sederhana kerana ia hanya digunakan sebagai bahan asas dalam penyediaan ramuan ubat tradisional. Ini menyebabkan wujudnya masalah dalam memenuhi permintaan di pasaran tempatan dan tahap kualiti eksport herba ke luar negara.

Masyarakat kini memerlukan tanaman herba dalam kuantiti yang besar. Bagi mengatasi masalah kekurangan tanaman herba untuk memenuhi keperluan tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan sebagai contohnya; usaha pembiakan tanaman herba yang dilakukan dalam skala yang lebih luas. Malah, telah ada usaha-usaha manusia untuk mengumpul dan menanam tanaman herba atau ubatan dalam satu kebun atau taman (seperti di UKM, USM dan FRIM) bagi menyelamatkan spesies tanaman yang penting daripada terus pupus akibat proses pembangunan fizikal yang kian pesat. Kebanyakan daripada usaha-usaha mengkebunkan tanaman ini dibuat berdasarkan klasifikasi jenis penyakit (pengelasan farmasi). Usaha ini juga bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis tanaman yang ditanam agar spesies tanaman utama dapat terus dipelihara dan terpelihara.

Terdapat beberapa halangan yang terpaksa dihadapi oleh petani atau pengusaha dalam menghasilkan tanaman herba. Antaranya, perbezaan yang ketara antara permintaan dan penghasilan tanaman herba serta penawaran harga tanaman herba yang tidak tetap di pasaran. Ini berikutan dengan kurangnya pengetahuan para pengusaha dalam menghasilkan tanaman herba yang bermutu dari segi kualiti dan kuantiti serta jenis pengeluaran herba yang diperlukan.

sumber : Artikel

 

Number of View :31028

Buah-buahan dan nilai Ubatan

Majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak. Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Delima
Hilangkan Masalah Cacing- Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan

Kurma
Hindar Gangguan Usus- Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Pisang
Merawat Kudis dan Luka –Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

Number of View :3815