January 18, 2025

Ubi Kemili memang tidak asing lagi pada penulis. Semasa zaman kanak-kanak waktu di kampung dahulu, arwah nenek sering mengajak mencabut pokok ini untuk mengambil ubinya.  Ketika itu bagi penulis, rasa ubi kemili tidaklah rasa sedap seperti rasa ubi keledek atau ubi kayu yang direbus. Rupa-rupanya nak makan ubi ini juga ada cara yang lebih sedap untuk menikmatinya.

Nak tanam pokok ini pun mudah sahaja, hanya menggunakan keratan pucuk atau umbisinya. Daun pokok ubi kemili memang seakan-akan daun pudina. Daripada soal selidik, tanaman ubi ini mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya iaitu umpama menanam ubi kayu. Antara masakan yang boleh disajikan menggunakan ubi kemili ini, anda boleh baca dari perkongsian rakan-rakan di bawah. Saya sendiri belum pernah mencubanya selain direbus dan makan begitu sahaja.

Saiz ubi kemili ini juga berbeza-beza, tidak seragam. Ada yang kecil dan ada yang besar. Memang sukar hendak berjumpa ubi kemili ini dijual di pasaran, cuma ada sesetengah tempat khususnya di pekan Ayer Hitam sahaja banyak dijumpai dijual.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :25608

3 thoughts on “Ubi Kemili

  1. Nak buang kulit senang sj.
    Kerat 2 kemudian picit dari tepi ke arah tengah/keratan.
    Kulit akan lekat di jari, isi masuk ke mulut.

  2. ubi kemili…lama tak makan,mana nak cari ni..seb baik tak ngandung kalau tidak..kempunan.Buat gulai ngan ikan keli/semilang,sedapnya.rebus,cicah ngan kelapa parut pon..mmmmmm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam