February 15, 2025

asam_kandis

Asam Kandis atau Garcinia xanthochymus merupakan pokok yang jarang dijumpai di Malaysia. Apa yang diketahui Asam Kandis adalah salah satu bahan yang seringkali ditambahkan dalam masakan sahaja.

Mungkin pokok ini ada di tempat anda. Harap anda maklumkan jika pokok ini masih ada di kawasan  anda. Selain anda juga boleh kongsikan kegunaan buah atau pokok ini kepada pembaca yang lain.

————————–Edited 1Dis—————-

asam-kandis

Saya ada mendapat email maklumbalas dari seorang pembaca yang menyatakan bahawa gambar saya sertakan mula-mula dahulu adalah bukan buah asam kandis sebaliknya buah asam kandis adalah seperti gambar di atas. Saiz buah adalah sebesar limau kasturi. (garispusat sebesar siling 20 sen).

Apa komen anda?

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :68310

69 thoughts on “Asam Kandis

  1. Salam,
    Buah kandis memang bagus untuk masakan tetapi lagi bagus kalau dapat buah gelugur. Bentuk seakan sama tetapi lebih besar sedikit. Boleh juga panggil ‘gelugur jr’. memang mesra masakan.

  2. Saya tidak pasti dengan asam kandis. Di rumah saya ada pokok asam gelugor. Bentuk daun dan buah serupa cuma buah gelugor lebih berkilat dan ulas jelas seperti limau yang telah dikupas

  3. saya tak pernah jumpa asam jenis ini.Tetapi di dearah kuala penyu sabah,kami ada menamakan sejenis asam,iaitu asam kandis.Tetapi asam kandis itu tidak sama dengan asam kandis yang encik paparkan ini.

  4. Asam kandis sama fungsinya dengan asam gelugur, buahnya dihiris nipis-nipis (dijadikan kepingan halus) dan dijemur kering, digunakan dalam masakan terutamanya dalam masakan singgang. Rasa asam gelugur lebih enak kalau dibandingkan dengan asam kandis.

    Bagi masyarakat dahulu buah kandis ini juga digunakan sebagai bahan perubatan terutamanya bagi wanita yang telah bersalin bagi mengecutkan peranakan. caranya ialah buah ini dibuang bijinya dan rebus sehingga hancur bersama sedikit garam dan dibalut diperut.

    Saya masih ingat lagi sewaktu kecil saya biasa makan daun yang muda (pucuk) ini bersama dengan garam.

    Tahnia bro.. blog saudara penuh dengan maklumat berkenaan dengan tumbuhan di Malaysia

  5. saya tidak pernah dengar nama ni. first time tp rasanya ia sejenis buah asam seperti asam keping jika dikeringkan..

  6. Buah ni dikampung saya dipanggil buah asam keping atau pucuk gelugur. Memang sedap bila dicampur dengan udang,ikan air tawar atau apa jenis ikan pun. Dimasak lemak cili api podeh podeh sikit…ummm tokinyam di buek ee…
    Caranya buah ni diciincang halus dan direndam dengan air garam. Dah menggelegak kuah dan kuah agak pekat baru di masukkan asam kandis tadi.agak -agak 5 minit terus diangkat…cubolah kalau tak pocayo..
    Satu lagi buah ni digunakan untuk buat asam keping -dihiris nipis dan dijemur hingga kering. Dapat lah asam keping segar buatan sendiri . Daun mudanya pun boleh dibuat sayur-caranya disusun-susun dan diracik seperti meracik bunga rampai.Caranya sama seperti diatas.

  7. Buah ni di temapat saya dinamakan asam gelugur tapi saiznya lebih besarlah. Selain digunakan di dalam masakan ianya juga digunakan dalam bidang perubatan & rawatan makhluk halus.

    Ustaq di tempat saya menggunakan asam kandis kering yang diletakkan ke dalam botol kaca untuk memerangkap makhluk halus. Makhluk halus tersebut akan sentiasa berada di dalam asam kandis dan akan dibuang ke dalam laut atau sungai yang mengalir.

    Selain daripada itu, ianya juga akan dicampur ke dalam air mandian untuk rawatan membuang makhluk halus dalam badan. Ianya dicampurkan dengan kapur barus, garam kasar, daun bidara, lada hitam, limau nipis@purut dan air.

    Kadang2 saya menghiris asam kandis kering kecil2 untuk dikunyah mengantikan asam boi dl.

  8. biasa makan yg dijual kering tu je. tp tak tau pulak camni rupa asalnya. ni barulah tahu. boleh dikomersialkan ke pokok asam ni? pokoknya besar mana? cam pokok manggis ke..pokok rambutan ke?…boleh tolong tunjuk gambor pokoknya tak?

  9. Saya Rossy. tinggal d Indonesia. buah asam kandis untuk masakan ikan berkuah supaya tidak anyir dan sedap dikasih asam kandis secukupnya.
    wassalam

  10. Buah ini banyak terdapat dikawasan utara. Terdapat perusahaan secara kecilan untuk menjadikan buah ini kepada asam keping. Laksa penang mesti ada asam keping. Kalau nak masak kari mamak mesti taroh asam keping baru ada ommm.

  11. Asam kandis ni dulu kat rumah saya memang ada tapi sayang sudah di tebang ia memang di gunakan dalam masakan dan buah sedap dimakan maksud saya isinya masam manis semasa tulis ni pun meleleh air liur sebab saya dah rasa semua semasa di kampung dulu,Dulu dulu kami akan kutip buah kandis dan ramai ramai hirisnya nipis nipis dan dijemur kering asam kandis dan asam gelugur bentuk hampir sama cuma kandis kecil dan isi kulitnya nipis sikit

  12. Hampir 50% asam keping yang dijual adalah asam kandis perbezaan dengan asam gelugur dari segi saiznya kegunaannya sama sahaja. Kalau dibuat perbandingan asam kandis ini ialah asam gelugur yang terbantut

  13. Nama Asam Kandis memang selalu saya dengar, dan baru kali ini saya nampak gambarnya sekali. Kalau di tempat saya Brunei Darussalam memang tak ada buah ini. Asam gelugur pun tidak ada di sini tetapi yang di jual secara keping memang ada.

  14. sy tak pernah tengok and dengar namanya tapi bila sy tengok gambar dalam blog u, rupanya macam buah asam gelugor cuma dia kecil je. maknanya rasa dan kegunaannya, shd be not much different ngan asam gelugor

  15. asam gelugur berbeza benar dengan asam kandis, walaupun nampak bentuk hampir sama. buah kandis kurang masam berbanding asam gelugur. kalau gelugur kita ambil kulit buat asam keping, kandis pula orang ambil ulas nya. untuk dimakan gitu saja. kalau nak buka kandis perlu di kerkah sahaja, manakala gelugur kena potong dgn pisau, kecuali dah masak ranum. kalau dikeringkan kulit kandis, bertambah kurang lah masamnya. dulu kat kampung saya ada 5 pokok tapi skg semuanya dah ditebang. sedih saya tengok tunggul yang dah mati.

  16. Sebenarnya, asam kandis dan asam gelugur adalah benda yang berbeza tapi fungsinya hampir sama. struktur pokok dan buah asam kandis adalah jauh lebih kecil berbanding dengan asam gelugur. struktur daunnya juga adalah berbeza. selain buahnya, daunnya juga boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan. masa kecik-kecik dulu, saya pernah tengok mak gunakan pucuk daun kandis untuk masak gulai lemak ikan darat, (haruan, keli,puyu sepat dsbgnya).
    Asam Kandis memang dah jarang kelihatan sekarang ni. kalau adapun, hasil tinggalan datuk nenek moyang dulu-dulu. kalau nak harapkan orang zaman sekarang,
    memang dah tak tanam dahpun pokok asam kandis.

  17. Di sarawak saya tak pernah lihat buah ini. Disini ada sejenis buah yang isinya putih macam manggis banyak terdapat di kebun saya. Pabila masak warna kulitnya merah dan kulitnya itu di jemur hingga kering untuk dijadikan asam esp masak asam pedas, perubatan dsbnya.

  18. Saya x pasti dengan buah ini tetapi rupanya seakan sama dengan buah asam gelugor sebelum masak.

  19. saya baru first time dengar nama asam kandis. tp kalau asam gelugor tahu la saya..kalau asam gelugor banyak di tanam disebelah utara. asam gelugor ini selalunya di bubuh di dalam kuah laksa.

  20. baru first time dengar nama asam kandis. tp kalau asam gelugor tahu la saya..kalau asam gelugor banyak di tanam disebelah utara seperti di pulau pinang dan juga di kedah. Asam gelugor ini selalunya di bubuh di dalam kuah laksa, MEMANG SEDAP….

  21. Nama Asam kandis pernah dengar tapi buahnya tak pernah tengok kalau asam gelugur tahula. Terimakasih maklumat ini.

  22. asam kandis..kt belakang rumah sy ade sepohon, buah nya warna oren kuning bila dah masak dan boleh makan begitu saja. isi mcm buah manggis. rasa masam manis. pucuk muda juga boleh makan rasa nya masam.

  23. salam..
    rumah sy mmg ada pkok asam kandis…buahnya di jmur kring kmudian bolehlah d gunakan dlm mskn..asam kndis lbih sdap rasanya dr asam glugor..

  24. bbuah asam kandis,lebih kecil sedikit drp asam gelugur,
    yang lain lain nya sama “masam”bentuk selepas dijemur
    asam kandis lebih hitam warnanya.banyak ditanam dikg
    dipahang.Tugasan untuk mereka adalah sama.

  25. Asam kandis dan gelugor beza nya saiz …biji asam gelugor rasa masam manis gak tapi isi luar betul2 masam,pucuk kedua-dua pokok ni rasa masam.kegunaan biasa tuk masakan,memersihkan ikan.Buah nih boleh gugur sendiri bila dah masak.Asam keping pernah diusAhakan oleh keluarga saya dulu skg masih ada tapi tak banyak lai pokok dah tua.Asam keping yang terhasil dari asam gelugor lebih banyak dari asam kandis kerana saiz buah,jadi buah gelugor lebih menguntungkan.

  26. dekat ko’diang, jitra kedah ada satu kampung nama Kg. Kandis, kat sana maybe byk pokok kandis dan org kg sana lebih arif tentang pokok kandis..

  27. Saya tak pernah nampak pohon serta buah asam kandis mahupun asam gelugur. Tapi pernah nampak asam gelugur dipasar yang telah dihiris dan kering.

    Setelah saya buat sedikit penyelidikan mengenai pohon-pohon tersebut melalui buku koleksi saya dan internet, saya dapati:

    GARCINIA XANTHOSCHYMUS dipanggil Egg Tree –
    Bentuk buahnya bulat dan bawahnya tajam (curved pointed end). Kulitnya licin tidak berjalur.

    GARCINIA ATROVIRIDIS dipanggil Asam Gelugur –
    Bentuk buahnya berjalur seperti gambar yang dilampirkan diblog anda

    GARCINIA GRIFFITHII dipanggil Apple-Kandis –
    Bentuk buahnya serupa dengan asam gelugur tetapi TIDAK berjalur dan juga TIDAK tajam bawahnya seperti Egg Tree

    Untuk maklumat, jenis pohon Garcinia ini mempunyai 450 spesi termasuk manggis (Garcinia mangostana) dan 2 spesi yang saya gunakan untuk landscape design yang terdapat dipasaran: Garcinia subelliptica dan Garcinia cymosa forma pendula kerana bentuknya yang unik

  28. pucuknya boleh digunakan utk sbg ubat darah tinggi kalau direbus,boleh meingkat daya tahan tubuh..

  29. adik beradik buah gelugor la ni…:P kat penang ada tempat nama gelugor…kandis x pernah dgr lagi,,hehe

  30. pokok ni dulu ada kt blakang umah saya…tp besar sgt, tebang, buah ni wat asam keping la…dulu2 org gune buah ni, xde gune asam keping gelugor yg beli tu…sume wat sdri…tp skang ramai org xknl dh buah ni…boleh dikategorikan sbg buahan purba..huhu

  31. Kalau kat utara depa panggil buah kandis. Masa zaman kanak-kanak dulu biasa makan..disebabkan masam jadi kita makan yang masak je cicah garam. Dan buah kandis ni popular dengan acuan Baulu. Biasanya acuan baulu bentuknya diambil daripada buah kandis.

  32. Saya pasti…. gambar yang anda lampirkan di atas bukan asam kandis! Asam kandis adalah Garcinia nitida, buahnya bila muda berwarna hijau, masak pula berwarna oren (kekuningan). Isinya seperti isi buah manggis, berulas dan rasanya manis bila masak. Isinya dibuang/makan dan kulitnya di jemur hingga kering untuk tujuan sebagai perasa MASAM dalam masakan atau tujuan lain rasa masam seperti pembuatan cuka asli (dulunya).Setahu saya pokok ini tidak pernah di tanam secara komersial jadi tidak banyak pokok pokok baru/muda di temui, semuanya dah tua! Pokok ini jarang di temui di Semenanjung Malaysia tetapi masih ada di di Sabah dan Sarawak terutamanya di Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu dan sekitarnya (Sabah), manakala di Sarawak pokok ini agak senang di dapati di pinggiran Bandaraya Miri, seperti daerah Bekenu, Niah, Bintulu dan sekitarnya. Juga terdapat di Negara Brunai.Tahniah atas kehadiran blog anda, cuma gambar di atas…… SAYA PASTI BUKANNYA ASAM KANDIS!

  33. Terima Kasih dengan komen di atas.. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran mengenai buah asam kandis ini. Gambar ini saya perolehi semasa melawat pameran buah-buahan nadir anjuran Jabatan Pertanian. Jika buah di atas bukan asam kandis, buah apakah ini agaknya?

    Jika saudara/i ada gambar sebenar buah ini, boleh lah dikirimkan kepada saya..

  34. Saya dah e-melkan gambar Asam Kandis untuk rujukan sdr. Kalau boleh tolong lampirkan di blog ini untuk di bincangkan pula kesahihannya. Gambar di atas itu, saya percaya Buah Asam Gelugur, (Garcinia atroviridis). Terima kasih.

  35. Di sebelah Kelantan memang bayak pokok kandis ni, dan ada satu kampung di Bachok diberi nama sempena pokok kandis ni. Di rumah saya sendiri masih ada pokok ni, cuma buahnya sudah tidak lebat setiap kali musimnya. Batang pokok kandis ini mempunyai getah warna kuning, dan kulitnya merekah dan warna hitam. Buah masa muda hijau, dan warna oren bila sudah masak. Selalunya buah yang gugur dibelah, bijinya dibuang dan dijemur untuk dibuat asam keping.

  36. Saya harap saudara Azhar boleh bagi komen sedikit samada gambar buah yang dimaksudkan pada Blog saya sama seperti pokok di rumah saudara tersebut..

  37. Salam buat semua..

    Saya ader terdengar ttg buah nadir ini, tapi ianya tak seperti yg dipaparkan disini, setakat yg saya tahu buah ini apabila masak berwarna ungu. Benar ker buah yg anda paparkan itu buah asam kandis ? atau info yg saya dapat itu salah ? Dr info yg saya dapat tu, buah asam kandis yg berwarna ungu bila masak itu terdapat di pulau pinang. Keliru yg mane satu betul ni.

  38. salam … buah asam kandis saya masih jumpa kampung dan ia juga masih digunakan bagi sesetengah orang kampung. Tujuan adalah untuk menambahkan rasa dalam masakan … tetapi keenakan saya tidak pasti … pucuknya ada rasa masam .. pada masa dulu daunnya diletakan dalam masakan gulai ikan air tawar. eeemm rasanya memang sedap tambahan jika gulai lemak ikan air tawar iaitu ikan keli atau ikan puyu .

  39. Asam gelugor ke, asam kandis ke… dua2 tak pernah tengok pokoknya. Apa kata saudara paparkan kedua2 gambar pokok dan buah asam gelugor dan asam kandis supaya kita sama2 dapat maklumat yang betul. Asam keping tau la tapi tak pernah pun nak kaji pokok asam keping macam mana rupanya…

  40. 13.12.2009 baru ni sy balik kg.Singgah R&R Sg Perak arah utara.Nampak ada jual buah yg bulat2 warna oren tapi mcm buah manggis.Tanya budak yg jual tu dia kata “buah Topo”.Sebab x pernah mkn belilah nak buat buah tangan kat mak di kg…sekilo $ 6.00 je.Bila gigit getahnya banyak.Isi berulas2 mcm manggis tapi warna oren & masam2 manis
    Sampai kt kg kena gelak dengan mak…Katanya,inilah buah kandis.Orang kg buat basuh ikan sungai je,xde nak makan wat dessert….Adus,tipah tertipu…!!!!!

  41. Sdr Admin,

    Pada saya memang gambar pertama tu bukan buah asam kandis, di daerah beaufort sabah pun gambar buah berwarna kuning tu lah serupa buah asam kandis, apa yg di terang sebahagian responder ni pun memang ada persamaannya dgn di sabah.

    Asam tu masih banyak boleh dapat di pasar-pasar atau tamu di sabah, dijual selepas sudah dikeringkan. Buah segar, kalau mentah berwarna hijau epal, dah masak tu kuning dan akan gugur, pemingut akan kutip buah masak gugur seterusnya di potong/belah keping, 4 ke 5 keping dan dijemur sampai kering dan berwarna coklat kehitaman. seterusnya akan di jual dlm bentuk bungkusan berharga Rm1 ke RM2.

    Saya masa kecil pun dulu buat kerja tu dan jual di tamu, adalah belanja sekolah, boleh beli kasut..

    pokoktu bergetah kuning batangnya kalau ditetak, jadi kami suka ambil getahnya dgn hujung lidi, dan pacak dekat laman rumah, gunanya utk tangkap sesumpah (helikopter) yg suka hinggap atas pancang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam