
Buat pengetahuan anda yang baru membaca artikel ini, bulan lepas saya ada menulis artikel mengenai asam kandis. Saya telah mendapat response bahawa buah tersebut bukan asam kandis dan nama saintifiknya juga tidak tepat. Walau bagaimanapun, tempoh hari saya berkesempatan melawat Taman Pertanian Sabah di Tenom. Akhirnya, saya berjaya menemui pokok Garcinia nitida atau asam kandis. Pokoknya adalah seperti diatas. Jadi, kekeliruan ini akhirnya terjawab.

Kalau dilihat dan diamati banyak jenis buah di dalam keluarga garcinia yang terdapat di Taman Pertanian Sabah hampir mempunyai rupa yang sama. Jadi, apakah nama sebenar buah yang seakan buah asam gelugur pada artikel saya yang lepas itu? Tunggu artikel saya yang selanjutnya…..

