Asam Kandis atau Garcinia xanthochymus merupakan pokok yang jarang dijumpai di Malaysia. Apa yang diketahui Asam Kandis adalah salah satu bahan yang seringkali ditambahkan dalam masakan sahaja.
Mungkin pokok ini ada di tempat anda. Harap anda maklumkan jika pokok ini masih ada di kawasan anda. Selain anda juga boleh kongsikan kegunaan buah atau pokok ini kepada pembaca yang lain.
————————–Edited 1Dis—————-
Saya ada mendapat email maklumbalas dari seorang pembaca yang menyatakan bahawa gambar saya sertakan mula-mula dahulu adalah bukan buah asam kandis sebaliknya buah asam kandis adalah seperti gambar di atas. Saiz buah adalah sebesar limau kasturi. (garispusat sebesar siling 20 sen).
Apa komen anda?
Number of View :67985
ya, kt kampung saya ada lagi la pokok ni…pokok ni besar dan dahan2 semua turun macam payung. kalau musim hujan daun nya lebat… daunnya org buat ganti asam dalam masakan… buah kandis ni sesuai jugak utk org ada darah tinggi dan kencing manis, rebus buahnya dan minum air….insyaallah sembuh…
Kalau kekedai tomyam (thai), cuba mintak steam fish. Biasanya org siam letak asam kandis dalam steam fish mereka. Kekadang asam boi pun depa letak..
Buah Asam Gelugor dah jumpa. Asam Kandis pun dah jumpa. Cuba cari pula buah ASAM KUMBANG yg seakan buah BACHANG (MACHANG) tapi kecik sikit . Kalau sape2 ada info.
Siapa yg ada gambar bolehlah kirimkan di sini…
Untuk pengetahuan semua dekat kpg saya/kebun,serian sarawak masih terdapat pokok asam kandis seperti dlm gambar ke dua,buahnya dikeringkan,asam ini tahan lama disimpan.Mak kami masih menggunakanya dalam masakan asam pedas sangat sedap daripada pakai asam jawa atau asam gelugor,kalau nak tempah boleh,sila hubungi 0137182935/basribakari@giatmara.edu.my
Asam kandis dan asam gulugor adalah dua tumbuhan yang berbeza.Asam kandis saiznya lebih kecil daripada saiz asam gelugor.Asam kandis yang masak dan baru gugur daripada pokoknya boleh dimakan kerana rasanya sidikit manis.Tetapi untuk disimpan lama buahnya harus dibelah dan bijinya dikeluarkan, diawet dengan garam dan di jemur hingga kering.Masa kecik2 dulu selalu tolong Mak proseskan asam ni.Gambar yang di paparkan diatas buahnya masih muda,dan berwarna hijau.Buah yang masak berwarna seakan oren.Buah yang masak sahaja boleh diawetkan.
Saya harap, bahasa inggris pun diterima.
I’ve been putting up a new site about the Malaysian Edible Flora, including uncommon forest fruits and cultural as well as historical notes.
Saya baru bikin halam web baru mengenai Pandangan Malaysia yang manusia boleh makan. Saya sudah bikin kajian selama lima tahun di dalam hutan rimba Sarawak dan di Semenanjung.
Alamat site ini dikasih di atas.
Frank
ni ke assm kumbang??
pkok yg da lme pupus,ad nme tempat kat taiping,assam kumbang
asam kandis dgn asam kumbang sme ke???
asam kumbang da pupus ke sekarang ???
tolong explain
Asam ini banyak dijumpai di masakan Indonesia terutama Sumatera Barat (Padang). Rendang Padang asli tidaklah lengkap tanpa asam kandis kering yang menghasilkan warna gelap pada rendang.
Asam kandis, teringat zaman kanak-kanak dulu..main pondok-pondok atas pokok kandis..buat ran kat situ sambil bawak naik atas ran sambal pencicah..buahnya yang masak masam-masam manis..masih terasa sampai sekarang rasanya. Last skali naik atas ran adalah bila ada penghuni lain kat situ..naik aje kat ran tu tetiba disambut dengan juluran kepala ular sawa burung..Turun pokok terasa sukar terus lompat ke bawah dengan ketinggian 3-4 meter..takut punya pasal, nasib baik tak patah kaki..lepas tu dah serik panjat pokok kandis. Mak cakap buahnya boleh dibuat asam sambal belacan.sedapp..
Pantun Nasihat
Asam kandis asam gelugur
Ketiga Asam si riang-riang
Menagis mayat di dalam kubur
Semasa hidup tidak sembahyang
Hi! Saya orang Penang, Pertama kali saya tengok buah asam kandis di Kelantan. Terdapat banyak Pokok asam kandis di kawasan Bachok, Kelantan.
Masakan yang menggunakan asam kandis ialah Singgang. Contoh Singgang Daging atau hanya Ikan Tongkol (Kayu)… sahaja….
Masakan ini senang (rebus macam masak sup) 1. Tuang air, bawang putih, bawang merah hiris, penting ketumbar tumbuk halus, lengkuas hiris. campur semua dlm periuk dgn daging atau ikan kemudian bila daging dah hempuk masukkan asam kandis garam dan gula dan sedikit serbuk kunyit secukup rasa.
Walaupun saya bukan orang kelantan bagi saya asam kandis lebih sedap dari asam keping. Tapi kalau dah tak reti masak gunalah asam apa pun memang tak sedap jugak.
gambar yang sdr serta di atas tu bukan buah asam kandis sebaliknya gambar yang kedua tu memang buah asam kandis. Masa kecik2 dulu saya selalu panjat pokok asam kandis ini. Pokok dan buahnya hampir sama dengan pokok asam kendong, cuma bezanya asam kandis tidak di tanam tp tumbuh liar di hutan, sebaliknya pokok asam kendong orang tanam di kebun. Apabila berbuah pokok asam kandis ini berbuah dengan lebat. Seperti pokok asam kendong, pokok asam kandis mempunyai dahan seperti tangga. Dahan pokoknya kecik2 tp sangat liat/tidak patah. Seronok mendaki pokok asam kandis ini kerana buahnya sangat lebat. Rasa buahnya sangat masam dan sesuai benar dijadikan asam masakan ikan. Saya ada dengar orang menyalai kulit asam kandis ini untuk dijadikan asam keping tetapi tidak pernah pula melihatnya….
dulu kampung aku pernah ada sepokok due pokok kandis, buahnya berkulit licin masa muda bulat bulat bujur hijau, shapenya regular bukan macam dalam gambar pertama di atas. Ada lekuk lekuk sepanjang buahnya. Bila dah masak warna oren terang, cantik macam oren sunkist, nak makan kena potong kulitnya, kat dalam isinya berulas ulas macam manggis..berbiji.. warnanya oren gelap.. kami makan lumnya saja…, rasanya masam masam manis…
fuyoo tetiba terliur plak aku..
p.s. kalau makan kandis gigi semua jadi kuning trafik light
Buah asam kandis di kampung saya ada berbagai jenis, ada yang bulat, ada yang lonjong sikit, ada yang masam dan ada yang manis. Pokoknya hampir sama dengan pokok asam gelugor tetapi buahnya ada sedikit perbezaan iaitu keluk atau lurah pada kulit sangat cetek dan kecil, tak seperti asan gelugor yang keluk/lurahnya berlalun dan dalam. Rasa buanya masam semasa muda, dan sedikit manis apabila dah masak, isis dalam bila masak seakan buah kecepu. Kat kebun saya di gombak masih ada sepokok saya simpan untuk jenerasi akan datang. Saiz buanhya pula berbagai ada yang besar dan ada yang kecil.
Saya suka makan pucuk asam kandis campur garam seperti orang makan sirih
Jika berminat nk benih dan pokok tut asam kandis & gelugor. sila Whatsap ke 013-947-1717
TQ
Pokok asam kandis ni banyak terdapat di Taman Censeri,Presint Diplomatik Putrajaya.
Mak Jiran saya ada ambil buah-buah yg gugur dijemur macam asam gelugur.
Kawan saya gantikan asam gelugur(asam keping) dalam masakan beliau.