Cekup Manis Gajah dipercayai dapat merawat pelbagai penyakit yang berkaitan dengan wanita. Penyakit barah rahim dipercayai dapat diubati dengan kaedah menggiling akar pokok ini bersama beras dan ibu kunyit lalu ditampal pada bahagian rahim.
Selain itu juga ia dipercayai dapat merawat bengkak payu dara. Caranya ialah dengan mengasah akar pokok ini dengan kemenyan dan diminum ikut keperluan. Sejauh mana keberkesannya saya sendiri tidak pasti. Anda dinasihatkan berjumpa dahulu dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Number of View :17719
Salam,
Bermacam2 khasiat tumbuhan yang Allah jadikan.Semua ada kelebihan dan tujuan.Tapi,kena ikut juga nasihat doktor.Yelah,nk try2 ni susah sikit melainkan diuji keberkesanannya pada haiwan (mcm tikus yang mereka guna utk ujikaji) 🙂
Macam pernah tgk buah ni. Ada satu lagi yang boleh makan dan manis bila masak tu,sebijik macam ni. Saya panggil buah ‘khekuk’.Tak taulah pula nama bukunyer aper.Buah tu mmg bentuk/rupa sama macam gambar ni.Burung2 suka sgt makan.Kita pun bleh makan.Ada gak orang panggil ceri.Masa kecik2 suka sgt panjat pokok ni dan makan buah dia.hehe.Daun dia banyak dan ramai org yang tanam utk redupkan kawasan rumah.
apa nama saintifik pokok nie ye ?
rasanya cekur manis gajah ni x leh makan kot..beracun…klu x salah la…klu salah minta mff…yg kita selalu makan ada satu jenis lg…yg tu mmng sedap…goreng ke..sayur tumis air ke….
ada satu jenis pokok dipanggil jelatang gajah. pokoknya jenis menjalar. sukar didapati, biasanya kalau di terengganu hanya terdapat di satu perkampungan Hulu Terengganu. pokoknya amat bisa, bila tersentuh kulit akan mengalami gatal2. cara untuk menghilanglan rasa gatal tersebut adalah dengan menyapu minyak masak pada tempat yg gatal. namun ianya biasa digunakan dalam perubatan tradisional untuk menghalang mereka yang mempunyai niat jahat (seperti ingin menyantau) dari mendekati rumah.