Membuat anggaran hasil buah tandan segar (BTS) di ladang adalah salah satu amalan penting dalam pengurusan ladang sawit. Anggaran hasil BTS yang tepat dapat membantu perancangan keperluan pekerja, kenderaan, belanjawan, jualan hadapan, pembinaan kilang dan pusat intolasi di pelbagai peringkat.
Salah satu kaedah membuat anggaran hasil BTS bagi setiap empat bulan ialah secara mengira tandan hitam. Tandan hitam yang dimaksudkan dalam pengiraan ini ialah tandan hitam yang berkilat berumur lebih daripada 1.5 bulan selepas pendebungaan, juga termasuk tandan muda dan tandan masak yang masih terdapat pada pokok berkenaan.
Anggaran hasil BTS diperoleh dengan mendarabkan bilangan tandan dengan anggaran berat tandan. Pengiraan sedemikian dianggap hampir tepat kerana perubahan berat tandan dalam masa yang singkat adalah tidak ketara berbanding dengan perubahan bilangan tandan dalam tempoh masa yang sama.
Number of View :15406
Saya ada menjual baja organik campuran (NOF ORGANIK FERTILIZER). NOF telah diformulasikan dengan mencampuri 25 microb EM dgn bahan organik tertentu utk pertumbuhan yang optimum dengan menunjukkan daya pengeluaran pada kelapa sawit.Sesiapa yg berminat sila hubungi di No.0134327768.. TQ