November 15, 2026
bunga-loceng Pokok bunga loceng sering ditanam sebagai pagar kebun atau ditaman di sudut-sudut taman sebagai latar belakang kepada lain-lain renek dan bunga-bungaan yang lebih rendah. Nama saintifiknya Allamanda cathartica L. Di setengah tempat ia dipanggil bunga corong kerana bentuknya seperti corong.Bunga berwarna kuning mempunyai lima kelopak yang panjang mencorong dari tangkainya. Dengan penampilannya yang terbit di setiap hujung dahan menjadikan bunga ini amat menunjul menyerlahkan warnanya pada cahaya matahari. bunga-loceng2 Namun disebalik kecantikannya, daun dan batangnnya mempumnyai getah yang beracun. Masyarakat tradisi menggunakan daun yang telah dilumatkan untuk mengubati kudis, gatal-gatal dan kurap. Getah bunga corong jika dititiskan pada bekas-bekas kecil yang berair seperti piring alas pasu bunga dan lain-lain bekas bunga yang berair boleh mematikan jentik-jentik.

7Lume White Tomato - Minuman Kecantikan 9-dalam-1

Benih Serai Wangi - banyak kegunaannya

Pelbagai Jenis Benih Sayuran - Beli 9 Percuma 1

Benih Sulur Nanas MD2 Premium - Harga Promosi

5 thoughts on “BUNGA LOCENG”

  1. bagaimanakah kaedah untuk menghasilkan getah bunga loceng dan apakah kandungan yang terdapat dalam getah itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam