Jika anda berada di kawasan kampung atau di ladang getah atau kelapa sawit, anda mungkin akan bertemu dengan sejenis tumbuhan yang tumbuh secara liar. Habitat Pokok letup-letup ini sememang mudah hidup di kawasan-kawasan tanah terbiar,
Sudut Perubatan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed. Walaupun habitatnya dikawasan terbiar, tetapi ia mempunyai khasiat baik pada sudut perubatan herba. Berdasarkan kepada pengamal-pengamal perubatan tradisional yang ditemui, ia sesuai merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk.
Tidak bermakna kalau habitat sesuatu tumbuhan itu tumbuh di kawasan terbiar, maka ia dianggap sebagai tumbuhan tidak berguna. Begitulah juga dengan pokok letup-letup ini. Ia mempunyai khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan.
Menurut Dr.Zamzam, bagi merawat gatal-gatal kulit, jelas beliau, adalah mujarab dengan mengambil beberapa batang pokok letup-letup. Ambil keseluruhan pokoknya termasuk akarnya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu. Kemudian rebuskannya sehingga mendidih. Kemudian tunggulah ia sehingga suam sedikit sebelum mengambil airnya sahaja untuk digunakan sebagai air basuhan.
“Dalam merawat luka, ujar Dr.Zamzam lagi, adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan. Daun yang telah dilumatkan itu dipupuk dibahagian yang luka tersebut”, tambahnya.
Bagi merawat batuk pula, caranya adalah dengan merebuskan beberapa batang pokok letup-letup tersebut. Air rebusan seluruh pokok tersebut hendaklah diminum airnya setelah ia suam.
Number of View :27002
Sedapnya pucuk leletup dimasak lemak+isi ikan@ just celur saja sebagai ulam…Satu ketika dahulu buahnya yang masak kuning tersembunyi disebalik jaring-jaring semulajadinya yang unik pernah menjadi rebutan antara beburung dan anak-nak tani seperti aku….andai masa dapat berputar kembali……
ala…camne ni..nak cari local name pokok letup2 ni, spesific ikut etnik di sabah..for final year project..
please who have any information, about passiflora foetida, give me that info..tq.
Orang sabah panggil pokok nie Tampasak…
yatie, still run ur final project?howz it goes ryte now?
sowy mardhiah…lama xtgk blog ni.em alhamdulila settle da final project..tumbuhan ni cam xdpt treat diabetes mellitus la..tp ia xbertoksik.
setuju ngan chah… my favourite dishes also
boleh buat sayur rupenye…baru tau..kalau dulu cuma mkn buahnye je..seronok dapat jumpa buahnye yg dah kuning tu kat celah2 pokoknye…masam2 manis…lame tak jumpe letup2 nih..
Kalau tak diilhamkan oleh Abg Raof sebentar tadi dalam perbualan tel. aku hampir2 terlupa fasal buah ni……rasanya seakan2 markisa….masam2 manis…..memang sedap…..sekarang yang tinggal kenangan……Ada lagi ke generasi sekarang yang kenal ngan buah ni?……
kat kawasan perumahan saya bnyk terdapat pokok ni….. biasa saya kutip pucuknya + pucuk paku midin + daun kelor untuk dijadikan bubur lambuk.
sedap buah dia…memang mcm rase markisa..masam manis…cuma saiz dia kecik ja…klu masak buahnya warna kuning…tp hasil kajian sy di intenet n buku2…(sy bkn pakar botani n bukan blajar tentang tumbuhan, sy seorg akauntn) ada yg berwarna merah..,contohnya di Hawaii, buah ni apabila masak, ia berwarna merah. cam nak pi hawai nak makan buah yg merah tu..same x rase nyer??? =)
letup letup juga sebenarnya merupakan penawar bagi penyakit darah tinggi, caranya ambik tumbuhan ini, bersihkan dan buang buih yg ada pada daun ini, rebus n minum air nya, tetapi haruslah mengambil air rebusan ini secara terkawal kerana ianya boleh menyebabkan tekanan darah turun dengan cepat…jadi minum lah air ini dan selalu pereksa tekanan darah selepas meminum nya. tidak ramai yg tau akan tumbuhan ini sekarang.