October 12, 2024

Pokok Senna Mekah atau nama saintifiknya Senna alexandrina (Sinonim: Cassia angustifolia) tergolong dalam famili Leguminosae. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan buah berbentuk legum atau kekacang. Tumbuhan yang dikatakan berasal dari negara Yaman ini mampu mencapai ketinggian sekitar 1-2 meter. Daunnya berpasangan dan setiap tangkai mempunyai beberapa pasang daun.

Pokok senna mekah sentiasa mengeluarkan bunga sepanjang tahun. Disebabkan itu ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan kerana warna bunganya yang menarik. Pokok ini dapat tumbuh dengan baik sekiranya mendapat cahaya matahari penuh. Kebiasaannya ia dibiakkan menggunakan biji benih.

Menurut rujukan;  daun senna mengandungi 2.9-3.9 % sennosid dan kulit lengainya mengandungi 3.5-4.0% sennosid (Sennosides). Bahan ini digunakan bagi menghasilkan produk (ubat) yang digunakan untuk merawat sembelit. Sennosides juga boleh digunakan untuk membersihkan usus sebelum pembedahan usus. Sennosides dikenali sebagai stimulan laksatif. Ia berfungsi dengan mengawal air dalam usus, yang boleh menyebabkan pergerakan usus. (sumber: https://www.webmd.com/drugs/2/drug-5342/sennosides-oral/)

Dari segi perubatan tradisional, daun senna mekah dipercayai digunakan untuk merawat penyakit seperti penyakit kulit, sembelit, cacing, anemia, bronkitis, batuk, gout, reumatisme, penyakit kuning (jaundice) dan sebagainya. Sejauh mana keberkesanannya, saya sendiri tidak dapat pastikan.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :51084

13 thoughts on “Pokok Senna Mekah

  1. Assalamualaikum, saya nk dptkan kepastian, adakah pokok gelenggang adalah sama dgn pokok sanna (mekah/Yaman). T/kasih

  2. Gambar yg diatas tu bukan senna mekah tp gelenggang. Dua pokok tu ada beza sikit walaupun dr keluarga yg sama. Gelenggang hanya untuk sapuan luaran pd kulit . Tidak sesuai minum. Tp senna mekah lbh sesuai utk d minum rebusannya…daunnya berpasang pasangan..

  3. Boleh saya dapatkan anak benih pokok senna mekah.
    Dimana nursery yg ada jual anak pokok berkenaan….

  4. Pokok senna mekah bukan pokok gelenggang. Senna mekah berdaun kecil manakala pokok gelenggang berdaun kasar walau rupa sama tapi saiz tak sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam