SEMEMANGNYA suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian besar daripada kita gemar menanam pokok di persekitaran rumah sama ada tumbuhan hiasan ataupun sayur-sayuran.
Aktiviti ini digemari bukan hanya untuk menceriakan diri sendiri, bahkan mengindahkan suasana sekitar rumah.
Lagipun, dari sudut sains kehadiran tumbuhan hidup meningkatkan kandungan oksigen dalam udara yang penting untuk pertumbuhan minda.
Namun begitu, pemilihan pokok untuk ditanam sama ada di halaman atau di dalam rumah berdasarkan kepada beberapa ciri, antaranya spesies yang mempunyai khasiat dan sudut kesihatan diri atau penawar penyakit tertentu.
Contohnya pokok mambu atau Azadirachta indica danipada keluarga Meliaceae.
Tumbuhan ini, walaupun biasanya tumbuh liar kadangkala ditanam sebagai pokok teduhan kerana ia senang berkembang.
Tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya lebih jelas dan berwarna sedikit kekuningan.
Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM, Dr Azizol Abdul Kadir, daun pokok mambu mempunyai beberapa kegunaan dalam perubatan tradisional.
Menurut beliau, berdasarkan temu bual dengan pengamal perubatan tradisional tempatan, daun mambu boleh digunakan untuk merawat bisa pokok jelatang gajah, demam campak dan meredakan demam panas.
“Malah, daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman,” katanya.
Menurut beliau, kaedah penggunaan pokok mambu untuk menghilangkan rasa gatal kerana demam campak ialah dengan mengambil beberapa helai daun kemudian ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu sapulah daun tersebut ke badan pesakit.
Bagi mengurangkan demam panas pula, rebus akar pokok mambu sehingga mendidih, kemudian ditapis bagi mendapatkan air rebusannya. Air tersebut diminum apabila suam.
“Bagi merawat bisa terkena pokok jelatang gajah pula, ambil beberapa helai daun pokok mambu yang segar, dibersihkan terlebih dahulu kemudian dikunyah mentah.
Rasanya yang berangin seperti pudina bukan sahaja boleh mengurangkan bisa malah boleh menyegarkan mulut,” katanya.
….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia
Number of View :9210
4 thoughts on “Mambu boleh redakan demam panas dan campak”
Bahagian mana pokok tersebut boleh menghasilkan keturunan darah tinggi ?
Bagi tujuan kawalan serangga dalam pertanian, khususnya dalam penanaman cili, air rebusan daun mambu boleh digunakan sebagai insect repeller. Lagi baik kalau diblender dengan cili yang busuk yang tidak boleh dijual.
Semasa demam ruam waktu kecil dulu,nenek mandikan sy dgn daun ini. Bunganya juga cantik berwarna putih kehijau-hijauan
salam.pokok mambu jenis pokok besar dan mudah hidup dari percambahan biji benih.jika kita perhatikan pada pokok ni tiada serangga yg menumpang melainkan burung sja yg memakan buahnya.Daunnya mempunyai khasiat yg tinggi untuk demam ,kencing manis dan darah tinggi.Jika diamalkan memakan pucuknya sebagai ulaman ianya dapat menghindarkan kencing manis dan darah tinggi.Daunnya ditumbuk dan diambil air perahan dijadikan racun serangga bg tanaman sayuran.