March 19, 2024

keriang-dot1

(Gambar ini telah disunting dari sumber – internet)

Artikel mengenai buah keriang dot pernah muncul di  salah sebuah akhbar tempatan yang bertajuk ” Buah Keriang Dot yang semakin Pupus”.  Jadi, tanpa melengahkan masa, biarlah saya ringkaskan serba sedikit mengenai buah ini. Bagi mereka yang tinggal di kawasan utara tanah air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokok  ini semakin sukar diperoleh. Jika dahulu ia  mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung, kini  buah ini semakin lama semakin berkurangan.

Dipercayai, pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.

Apa yang menarik mengenai buah ini ialah gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur. Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah  bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Bagi sesiapa yang pernah mencubanya, anda pasti mempunyai sesuatu pengalaman untuk dikongsikan…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :73363

129 thoughts on “Buah Keriang Dot

  1. Ohh..buah kerian namenye..baru saya tau..tapi saya pernah tgk n makan buah ni. buahnya kelat2 manis, tapi saya suka pucuk dia, sedap makan cicah sambal. membuka selera makan betul. thanks for this information.

  2. time budak-budak dulu hampir sume buah dlm ruangan ni dh rasa. skg susah nk cari. pokok byk kna tbang utk wat rumah kt kpg. sedih lak rasa. buah keriang ni antara byk pokok yg saya panjat nk mkn. mmg adventurous.

  3. buah ne mmg sedap.dulu blkg umah ada pokok ne.tp skrg x nah jumpa pun….sapa yg ada informasi nk dpt mana buah ne…mengidam la…

  4. Pokok kerian dot masih terdapat sepokok berhampiran bulatan Lucky Garden, Bangsar. Tahun Lepas ia berbuah lebat.

  5. keriang dot le tu..sekarang ni pokoknya ada lagi kat umah mertua di jalan kuala kerpan, jitra kedah..keriang burung pun ada sebelah pokoknya, keriang mertajam pun ada gak..sedap buahnya…

  6. Saya masih ingat buah keriang dot ada di belakang perpustakaan UKM, atas tebing curam. Buah pun banyak burung pun banyak. Saya dah korek tiga lubang besar di taman permainan Taman Teja Dua Changlun dengan niat nak tanam tetapi tak tahu mana nak dapat benih. Kalau boleh bantu bagus. Mudah2an generasi akan datang akan kenal keriang dot, kenal burung yang datang memakannya.

  7. mana nak dapat buah keriang skrg ni yer…..takde ke kerajaan nak buat kajian ttg buah ni…mana tau khasiatnya sama ngan acai berri ker….

  8. dkat umah tokwan saya di merbok ada lagi…pokok nya besaq…tapi dah tak berbuah sbb dah tua kot..tapi tokwan kata pokok tu merajuk sbb owg rajin ambek kulit dia buat ubat,,,

  9. Saya ada sepohon pokok keriang dot di Kuala Lumpur. Sudah dua tahun berbuah lebat tanpa berhenti….ada bunga…ada putik…ada yang tua…dan ada yang masak hitam dalam satu rumpun.

    Ambil masa empat tahun dari anak benih yang saya dapat tepi kuil Hindu di Jalan Kuching.

    Rasanya buah manis, masam, kelat………..sedap…lebih menyelirakan jika di rendam dalam air garam…

    Saya dapat satu timba dan nak buat jam. Belum tahu rasanya.

  10. saya ada terjumpa orang tanam pokok ini (keriang burung)dalam pasu. Macam bonsai je… (sedang berbuah pulak tu!!!). Nama kampongnya dah lupa tapi di Tunjang , Kedah. nanti kalau balik saya akan ke kampong tersebut nak minta benih….

  11. buah ni memang sedap.. kecil-kecil dulu selalu makan, kebetulan pokok ini ditaman di belakang rumah makcik… kenangan baju terpercik warna buah ni, cuci pun takkan hilang warnanya.. 🙂

  12. Buah keriang dot ni jugak popular sebagai keriang acheh bagi penduduk bhg utara tanah air. Buah muyu juga spesis yang sama cuma dot ni rasa manis2 kelat. Muyu agak masam2 manis. Lidah menjadi biru dan kalau terkena baju jadi seperti dye – takkan keluar dah..sama seperti muyu. Buah ni ada nilai commercial dan jika diskala-besarkan penanamannya boleh luimayan hasilnya.

  13. Ishk mmg ngidam nk mkn buah ni.skang dah x tau kat mana nk cari.penah mkn pon zaman skolah dulu.ada saper2sudi nk bg kita x?jual kat sy pon bleh.klu pos pon xper nnti sy byr.tu pun klu harga berpatutn..pls mengidam…

  14. sedapnya.. dah lama takjumpa buah jambu arang nie..
    pnh makan 2/3 kali masa sekolah rendah thn 80an dulu…

    kot2 ada jual kat p.tani kl nie kan bestt… confirm borong sakannn

  15. di sarawak terdapat buah yg menyerupai buah keriang ini yang kami panggil buah lakum. Ia hidup di tepi sungai dan tepi sawah padi. Pokok ini melilit bukan berbatang kayu. Rupanya hampir sama dengan buah anggur cuma agak leper sedikit. Ia terbentuk dalam gugusan seperti buah anggur. Bila masak warnanya hitam mcm warna anggur black current, masa muda warnanya hijau. Rasanya masam kelat dan membuat rasa gatal di kerongkong bila memakannya terutama bila buah belum masak. Ia dimakan dgn mencicah dengan garam, belacan dan ikan bilis. Ia meninggalksn kesan warna purple pada lidah. Kalau terkena baju putih susah nak tanggalkan. Ia juga digunakan untuk memasak ikan kerana rasanya yang masam. Buah lakum ini memang tidak begitu digemari. Oleh itu saya fikir buah lakum bukanlah buah yang sama dengan buah keriang yang sangat digemari itu. Serupa tapi tak sama…

  16. saya ada terjumpa pokok keriang dot di hutan melintang perak pada bulan june 2014..sempat beli sikit untuk tujuan buat benih…sudah tumbuh dalam sepuluh pokok…

  17. kalo di Indonesia di sebut duwet/ juwet , di campur dgn sedikit garam , rasanya asam manis

  18. Hai,

    Saya ada beberapa pokok Keriang tingginya baru kira2 satu meter. Bila ada siapapun yg mau, sila hubungin saya 012-2998065 atau melalui email pun boleh.
    Semoga Pokok Keriang akan ada lebih banyak diSemenanjung Malaysia, supaya banyak orang boleh menikmati buahnya dan ada manfaat untuk mengurangi Diabetes. Terima kasih. Dari Puan Heyley

  19. Dari Puan Heyley mengenai pokok Keriang Free bagi sesiapa yang mau tanam pokok ini. Saat ini, pokoknya baru kira2 ssatu meter tingginya. Saya tinggal di Kuala Lumpur.

    Ini email saya :: heyleyc@gmail.com

  20. Ohh..buah kerian namenye..baru saya tau…POKOK ini ada di rumah saya…setahun sekalije berbuah..sedab..

  21. bukan kah buah ini juga di panggil jambu arang oleh orang terengganu? Betul ke? saya nampak macam serupa je.

  22. Tq tuan tanah. Good info . Baru lepas makan buah kering dot ni. Org jual Di FB group “saya anak Perlis”. Tak pernah lihat buah ni. Tu sebab try beli Dan Rasa. Tapi bila dah Rasa mcm Ada dejavu.. mungkin pernah makan masa kecil2 dlu. Rasa mcm buah2an liar je.. kelat+manis. Kalau ikutkan Rasa mcm taknak terus makan tapi buah berwarna purple blue memang byk khasiat antaranya merawat kanser & kolesterol.. kalau Ada siapa Yang teringin Rasa.. boleh ke FB group “saya anak Perlis” ramai Yang menjualnya. Buah ni bermusim.saya lihat Bulan mei & Jun Ada saja iklan keriang dot.

  23. Assalammualaikum, ini dulu dlm thn 1990 to 1996 pokok kerinag dot behampiran rumah ja, bila musin buah, tak larat nak makan, ketinggian memcecah 2 tingkat bangunan sekolah…. dulu hobi aku boleh dikatakan memanjat……. rasanya sekarang…. dah susah nak jumpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam