April 19, 2024

sayur

Hari ke dua berada di Tenom, saya berkesempatan berkunjung ke pasar tamu melihat pelbagai hasil-hasil dari sumber alam dijual.

sayur2

Kebanyakkan hasil-hasil tani yang dijual sememangnya sukar dijumpai atau tidak terdapat di pasar-pasar tani di Semenanjung.

sayur3

Gambar di atas ini adalah kuih seperti kuih pau tetapi yang menariknya ia mempunyai macam-macam warna…

sayur4

Barang yang bewarna putih tu saya dah lupa apa bendanya tetapi yang sebelahnya tu adalah belacan..

sayur5

Di pasar tamu, kalau anda berkesempatan pergi anda boleh lihat pelbagai jenis labu ada di jual, ada kecil .. ada yang besar.. ada yang bulat.. ada yang lonjong…

sayur6

Kalau tak silap, gambar di atas ini ialah daun bawang bersama bebawangnya turut dijual..

sayur7

Daun di atas ni saya tak sempat tanya pada tuannya.. tapi seakan daun bawang juga..

sayur8

Biji benih pelbagai jenis sayur-sayuran juga turut dijual.. Biji benih tersebut ada yang diimport dan yang dihasilkan sendiri..

sayur9

Tidak ketinggalan juga daun tembakau dan ragi juga ada terdapat di pasar tamu ini..

sayur10

Anak benih pokok tomato yang dibalut dengan suratkhabar basah juga mempunyai pembelinya tersendiri..

sayur12

Bukan itu sahaja, pokok puding pun ada dijual di sini..

sayur13

Benih sayur petola yang masih belum diproses pun ada dijual juga di sini. Kalau di tempat lain memang susah nak jumpa..

sayur11

Benda di atas ini saya tidak pasti apa namanya. Ada orang Sabah yang boleh beritahu ke?

sayur14

Kepada yang suka makan siput, di sini juga ada dijual. Ia seakan siput sedut yang bezanya warnya lebih hitam.

kudalaut

Kuda laut pun ada dijual..

ikanmasin

dan sebelum pulang sempat saya mengambil gambar pengusaha yang menjual ikan masin hanya di atas kenderaan..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :21997

14 thoughts on “Pasar Tamu Tenom

  1. Buah yg telah dikupas kulitnya tu..kalau tak silap buah tarap. seakan2 nangka/cempedak..
    Tak jumpa ke haiwan exotic yang dijual kat tamu ?

  2. Betul, buah yang dikupas tu buah terap untuk dibuat sayur. Kalau di sarawak ianya diprocess dulu sebelum dijual. Ianya terdapat di Borneo saja.

  3. salamm…
    yup..
    mmg buah tarap….
    1st time sy tgk pokok nye./
    mmg besarrr..
    sy ambik pic tnjuk ngn family di smnjug…
    tp buah tu x msk lg..
    bla dah msk..
    buah tu lg sedap…
    cambuah cempedak…
    smua mesti g sbahhhh..
    coz best baaaa sbahhhhh…..

  4. Yang berbungkus plastik putih tu hasil dari ubi kayu yang telah diproses. Buah terap atau TARAP mengikut bahasa daerah adalah lebih besar dari yang terdapat disemenanjung.

  5. Memang betul buah semacam tu adalah buah tarap yang siap dikupas, jadi kena cancang sendiri lah untuk buat sayur, sedap dicampurkan ikan masin dan masak santan….

    yg bungkus plastik putih tu, tak silap saya sago, biasanya daripada pokok rumbia, tapi ada setengah tempat tu diorang proses daripada ubi kayu. Aaaaa … kalau nak beli bawa balik semenanjung hati2 kena tahan kastam… kerana pegawai yg tak pernah tahu, dia sangka dadah, aa siap laa masuk bilik soal siasat dulu…

  6. Pertama kali tengok laman ni, menarik juga…. saya ni window shopping memang kat tempat mcm ni.

  7. Pasar Tamu di Borneo amat menarik. Setiap kali saya ke Miri pasti saya akan ke Tamu Mihibbah. kalau ke Bintulu akan kepasar tamu nya diteganh pekan. kalu ke Kuching pasti akan ke Satok. Semuanya untuk mencari biji benih buahan pelik-pelik. Last trip saya bawak balik biji terap dan biji mawan. Buah mawan ni seakan bacang isi dan baunya. Tetapi kulitnya lebih keras berwarna seakan besi berkarat. bau buah mawan ni terlalu kuat. Bila check in kat airport Bintulu sudah kena tahan. Saya izinkan mereka buangkan saja. Tapi pegawai disitu baik hati syorkan saya pergi balik kat tiket kaunter untuk masukkan buah itu ke dalam perut kapal terbang dan berjaya ke KL. tapi sayang biji mawang itu tidak tumbuh.

  8. kalau pi Sabah jangan miss berkunjung ke mana2 tamu .. 1st time tengok live buffalo on sale kat tamu Kota Belut ( .. sekitar 1983 – 84 .. lama dah tu ..) tapi sekarang mungkin dah berbeza scenario nya .. tak pasti .. klu ada orang dari Kota Belut tolong update citer jual kerbau hidup di tamu sana .. (klu beli pasti kena sediakan lori untuk bawa balik …) .. di Semenanjung ayam hidup pun susah nak nampak kat pasar tani .. yang ada semua ayam dah mati .. .. saya beli parang .. dua tiga bilah ..local made, tapi bila check in kena serah kat pilot (masa tu ler .. sekarang dah berubah kot caranya ..)

    .. pada masa tu yang agak menarik, di kawasan Ranau menghala ke Taman Negara Kinabalu, klu ada pondok tepi jalan jual sayor … harga dah ada tulis kat situ, anda perlu masukan duit dalam tin yang tersedia .. sbb tuan punya sayor akan datang lepas depa habis bekerja .. jangan cuba tunggu tuan sayor untuk bagi duit harga sayor, sbb depa tak akan datang sampai lewat nanti .. ambik sayor yg berkenan di hati dan masukan duit dlm tin dan terus jalan …kena tau ler protokol beli sayor tepi jalan kat Sabah … org Sabah tolong confirm cara nie masih ada ker ??

  9. slm..yang dah dikopek tu memang buah tarap..bentuk luaran macam sukun tapi bila dibelah dlmnya macam cempedak..bila masak baunya memang wangi,mula2 ada jugak saya cuba tapi xtahan bau wangi sampai pening kepala..banyak di jual di tamu2
    paling saya minat sampai sekarang belacan sabah ,masih mintak family poskan ke johor sampai sekarang..
    rindu nak ke tamu, sabah memang negeri yang unik

  10. Assalamualaikum. Penjualan livestock kerbau masih dipraktik ada di Sabah, tetapi saya rasa kini client akan terus pergi berurus dengan pemiliknya. Buah yang kulitnya dikopek itu sama ada “sukun” (breadfruit) atau breadnut. Kedua-duanya jenis Artocarpus spp. Gambar di bawah gambar daun bawang dijual bersama bebawangnya (gambar ketujuh) adalah Allium ampeloprasum, atau “leek”. Yang kuih merah dijual di dalam plastik seakan-akan kuih pau itu adalah kuih kacang kukus, dan yang warna putih pula biasanya intinya lobak putih (kuih lobak kukus). Nama tempatannya saya telah lupa, saya akan maklumkan apabila saya telah mengetahuinya.

  11. yang warna hitam siput tu adalah siput sungai.. memang satu jenis sahaja kalau siput sungai haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam