December 7, 2024

daun-kari

Tahukah anda,  amalan memakan 10 helai daun kari setiap hari selama tiga bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Petua ini dipetik dari sebuah majalah tempatan. Sejauh mana amalan ini diamalkan saya sendiri tidak pasti.

Selain itu, daun kari juga digunakan secara meluas dalam perubatan índia. la dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya sertã mengatasi masalah penghadaman. la juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :22279

7 thoughts on “Daun Kari Penawar Kencing Manis

  1. Pertama kali saya mendengar khasiat daun kari ini. selalunya saya makan pucuk muda buat ulam dicicah sambal sahaja. tak tau pulak ada khasiat yang lain. Terima kasih

  2. Saya pun suka buat ulam pucuk kari, selain dimasak kari, tak tau hasiat yang lain. Alhamdulillah, dapat ilmu baru. Terima kasih.

  3. Ulam pucuk kari memamg sedap, tapi ada saya dengar yang ia tak berapa baik untuk wanita yang masih mau menambah zuriat kerana ulam daun kari tu panas dan boleh menyebab kemandulan, wallahua’lam

  4. dulu apa yang ibu makan ulam-ulaman semua saya makan…daun kari memang sedap.. tak tahu pulak boleh merawat kencing manis…

  5. Saya pernah terbaca ramuan ini di majalah herba&perubatan baru-baru ini, masa yg sama saya juga terjumpa petua dr majalah tempatan keluaran tahun 70an (milik arwah ibu) yg menyarankan amalan ini…beberapa bulan yg lalu saya disahkan menghidap diabetes (keturunan)…saya sdg mencuba amalan ini..saya juga mengucapkan terimakasih dan menghargai semua koleksi tumbuhan dan herba di laman ini..sedikit sebanyak ia membantu kita mengenali dan mempelajari keberkesanan herba2 ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam