October 5, 2024

Bangun-bangun juga dikenali dengan nama Plectranthus amboinensis Spreng sejenis tumbuhan herba yang dikenali dengan kegunaan dan khasiatnya dalam masakan dan perubatan tradisional. Tumbuhan ini berasal dari Indonesia dan sering dipanggil ‘Mangun’ di beberapa tempat.

Bangun-bangun mempunyai sifat menjalar dan kadang-kadang boleh tumbuh tegak sehingga mencapai ketinggian 50 cm. Batang tumbuhan ini lembut dan berlendir. Daunnya tebal dan berbentuk ovat yang lebar atau berbentuk jantung, dan permukaannya kesat. Daun ini bergerigi di tepinya dan berukuran kira-kira 4-9 cm panjang, 3-6 cm lebar, dengan warna hijau muda. Tumbuhan ini berbunga kecil berwarna ungu pucat dan setiap bahagian tumbuhannya akan mengeluarkan aroma apabila diramas.

Kegunaan dan Khasiat Bangun-bangun

Bangun-bangun biasa digunakan sebagai bahan penyedap rasa dalam berbagai resipi masakan tradisional. Daunnya dihiris halus dan ditaburkan ke atas masakan daging, ikan, sup, bubur nasi dan lain-lain. Daun ini juga menjadi bahan dalam sambal tempoyak daun kayu, nasi kerabu dan nasi ulam.

Selain digunakan dalam masakan, Bangun-bangun juga dikenal sebagai ubat tradisional. Jus dari daunnya dikatakan boleh membantu menyembuhkan batuk, asma dan bronkitis. Air rebusan daun ini pula dipercayai dapat mengeluarkan angin dalam perut dan membantu pencernaan. Daun yang diramas juga baik untuk kulit yang melecur, digigit serangga atau boleh digunakan untuk mengurangkan sakit kepala.

Cara Penanaman Pokok Bangun-bangun

Pokok Bangun-bangun boleh dibiakkan melalui keratan pucuk berdaun yang disemai terus ke dalam tanah pasir. Selepas berakar, anak semaian boleh dipindahkan ke dalam pasu yang mengandungi campuran tanah. Pokok Bangun-bangun memerlukan perlindungan dari cahaya matahari terik dan suka keadaan tanah yang lembab sedikit.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :9300

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam