Daun Lemuni

daun-lemuni6

Daun Lemuni atau Lengundi memang begitu dikenali oleh masyarakat yang tinggal di kampung khususnya di sebelah utara dan pantai timur. Daun ini cukup terkenal dalam ramuan membuat nasi ulam dan nasi lemak. Rupanya masih ramai yang menggunakan daun lemuni dalam masakan nasi lemak kerana dipercayai memberi khasiat awet muda.

daun-lemuni5

Selain itu, nasi yang dicampur dengan  air daun lemuni boleh dijadikan makanan untuk para ibu yang lepas bersalin bertujuan menjaga kesihatan dalaman iaitu dapat mengecutkan rahim. Jom baca.. apa kata rakan-rakan yang lain mengenai daun lemuni ini..

daun-lemuni

Daun lemuni juga boleh dijadikan ramuan untuk membuat nasi kerabu hitam. Air perahannya merupakan pewarna asli yang digunakan untuk memberi warna biru kepada nasi kerabu.

daun-lemuni2

Daripada rujukan yang lain pula, Daun lemuni merupakan kaedah dalam merawat sakit kepala. Caranya, ambil daun lemuni lebih kurang beratnya 1 kilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal untuk kegunaan mengalas kepala. Pesakit perlu menggunakan bantal tersebut semasa tidur selama 2-3 hari. Sejauh mana keberkesannya, hanya yang pernah mencuba mengetahuinya..

daun-lemuni3

Kalau anda mempunyai cerita lain untuk dikongsi, penulis di sini amat mengalukannya..

daun-lemuni4

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :18528