October 10, 2024

Artikel kali ini adalah salah satu spesies tanaman hiasan yang mampu menawan hati kerana teksturnya yang unik dan bentuk simetri – Zebra Bamboo Ginger yang juga dikenali pokok halia buluh. Bukanlah nama baru bagi pencinta tanaman, Zebra Bamboo Ginger atau nama saintifiknya Costus stenophyllus, berasal dari Costa Rica. Dikenali kerana tekstur dan bentuk bunganya yang menarik, dan daunnya yang lasak, membuatnya sangat disukai.

Tanaman ini memiliki struktur batang yang mirip dengan buluh, di mana batangnya tumbuh menegak dan meruncing, membentuk rumpun pokok yang padat. Semakin rimbun dan padat ia dikelompokkan, semakin menakjubkan impak visual yang dihasilkan.

Keunikan Zebra Bamboo Ginger

Meskipun daun pokok ini berbentuk meruncing dan agak halus, pertumbuhannya yang rapat membuatnya tampak padat. Uniknya, tanaman ini sebenarnya tidak boleh terdedah penuh kepada cahaya matahari dan ia lebih suka berada di bawah teduhan pokok besar lain. Salah satu ciri menarik lainnya adalah tekstur permukaan batangnya yang memiliki jalur kecoklatan, mirip dengan motif zebra dan ular, menghasilkan nama lain seperti Zebra ginger dan Snake ginger.

Zebra Bamboo Ginger di Taman

Selain sebagai tanaman hiasan, Zebra Bamboo Ginger juga cantik dijadikan sebagai “screener” atau pembahagi ruang di taman. Dan ia juga indah sebagai tanaman dalam pasu, asalkan kita bijak menggayakannya. Meskipun suka teduhan, Zebra Bamboo Ginger tetap memerlukan sedikit cahaya matahari, disarankan untuk mendapat sinaran cahaya lebih kurang 6 jam sehari.

Cara Pembiakan dan Pertumbuhan

Pembiakan pokok Zebra Bamboo Ginger adalah seperti halia iaiti menggunakan rizom. Pembiakan melalui belahan rizom memudahkan untuk menghasilkan lebih banyak tanaman. Tanaman ini dapat tumbuh menegak hingga ketinggian 6 meter, menjadikannya pilihan tepat untuk privasi di laman.

Fakta Menarik Tentang Zebra Bamboo Ginger

Ada makna di balik nama stenophyllus – ‘Steno’ dalam bahasa Itali bermaksud daun yang berbentuk runcing. Dan uniknya lagi, meskipun kebanyakan tanaman berbunga memerlukan banyak cahaya matahari untuk menghasilkan bunga, Zebra Bamboo Ginger mampu menghasilkan bunga merah yang tahan lama tanpa bau walaupun tanpa pendedahan cahaya matahari yang penuh.

Kesimpulan

Pokok Zebra Bamboo Ginger bukan sahaja diminati kerana bunganya, tetapi juga sifat khas pada daun dan batangnya. Dengan teksturnya yang unik dan daya tarikannya yang kuat, tidak menghairankan mengapa tanaman ini menjadi salah satu pilihan untuk hiasan di taman.

Number of View :1542

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam