Beberapa minggu yang lepas, kebetulan ke KL, saya sempat singgah ke Muzium Negara melihat pameran Setem. Bukan apa, dahulu minat juga kumpul setem, tetapi sekadar hobi yang bermusim sahaja. Bukanlah pengumpul setem yang tegar. Kali ini persinggahan saya melihat pameran setem hanya ingin melihat setem-setem yang berkaitan tumbuhan yang terkini. Maklumlah setem di negara kita Malaysia memang banyak berkaitan tumbuhan terutamanya buah-buahan dan bunga-bungaan.
Tidak sangka rupanya, banyak keluaran setem hasil keluaran Pos Malaysia yang menarik perhatian saya. Antaranya setem berkaitan ‘Buah-buahan Nadir, paku pakis, tumbuhan berubi, sayur-sayuran nadir, tumbuhan akuatik, tumbuhan berkhasiat dan bunga nadir pun ada juga..
Anda ada mengumpul koleksi setem-setem ini? Bolehlah kongsikan cerita setem anda di sini…
Selain tumbuhan, terdapat juga setem yang berkaitan binatang, cengkerang laut, makanan tradisional, dan banyak lagi..
Number of View :10095