Artikel kali ini saya kongsikan sambungan dari artikel sebelum ini mengenai jualan buah-buahan yang terdapat di Agricultural Fair yang diadakan di University Prince of Songkla, Hatyai, Thailand. Di sini saya kongsikan gambar beberapa jenis buah-buahan yang popular dijual di negara Thailand.
Anggur antara buah paling popular dijual di sana hasil keluaran mereka sendiri. Buah ini antara buah yang sempat saya beli dan rasa. Walaupun saiznya tidak sebesar anggur import tetapi rasanya sangat sedap sekali dan buahnya juga tiada biji. Seingat saya 1kg berharga diantara RM10-RM5.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Lain-lain buah yang dijual seperti pisang kaki dan limau manis.
Tembikai wangi atau rock melon
Buah Asam Jawa yang mempunyai isi yang manis
Buah Durian. Tidak pasti jenis apa. Tidak banyak sangat durian ada dijual semasa pameran tersebut.
Buah Salak juga sempat saya beli dan rasa. Rasanya unik, sedikit berjus dan sedikit manis. Berbeza sekali dengan Salak di Malaysia. Malangnya yang saya beli bawa balik banyak mengandungi ulat di dalamnya.
Buah Mulberry dan jus mulbery jus turut dijual. Sedap juga air jus mulbery.
Buah Jambu
Buah Markisa kuning dan merah pun ada dijual. Jus Markisa pun banyak dijual di sana.
Selain itu, terdapat juga buah tampoi dan jentik-jentik. Sama seperti Malaysia.
Limau Bali isi merah
Buah Kurma antara buah yang juga menarik untuk dicuba. Rasanya juga sedap dan manis walaupun masih belum masak sepenuhnya. Malangnya tidak sempat beli untuk bawa balik.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Sampai di sini dahulu.. Artikel akan datang, saya akan kongsikan gambar jenis benih buah-buahan dan tanaman hiasan yang terdapat dijual di sana.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :8419