September 8, 2024

Belimbing (Averhoa carambola) atau lebih dikenali sebagai ‘star fruit‘ kerana bentuk potongan melintangnya, mempunyai populariti kerana rasanya yang enak, sama ada dimakan segar atau dijadikan jus. Selain rasanya yang sedap, buah ini juga diketahui memiliki banyak manfaat kesihatan, termasuk kemampuannya untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia juga sumber yang baik untuk vitamin C, vitamin A, kalsium, dan besi.

Deskripsi Pokok: Pokok belimbing biasanya kecil dengan tinggi antara 5-12 meter. Ia mempunyai pertumbuhan yang cepat dan cenderung untuk mengeluarkan tunas air selepas musim hujan. Daunnya adalah jenis majmuk dengan 2-11 helai anak daun. Bunganya kecil dan berwarna ungu muda kemerahan.

Bentuk dan Kandungan Buah: Buahnya berbentuk beri lembut dengan lima segi. Apabila dipotong melintang, ia menyerupai bentuk bintang. Di dalam buahnya, terdapat 10-12 biji kecil.

Varieti Popular di Malaysia: Ada sebanyak 21 varieti atau klon belimbing yang didaftarkan di Malaysia, namun tiga yang paling popular adalah B2, B10, dan B17. Diantara ketiga-tiganya:

  • B10 adalah yang terbaik untuk pasaran antarabangsa dengan buah yang lebih besar dan rasanya yang manis serta beraroma.
  • B17, dikenali sebagai Belimbing Madu, paling diminati oleh penggemar tempatan kerana rasa buah yang sangat manis.
  • B2 mempunyai rasa yang manis tetapi buahnya mempunyai segi yang lembut

Pembiakan: Klon-klon belimbing boleh dibiakkan dengan mudah menggunakan beberapa kaedah seperti cantuman mata tunas atau cantuman baji. Pokok yang dibiakkan melalui kaedah ini akan mulai berbuah dalam waktu 10-12 bulan selepas ditanam.

Potensi di Malaysia: Belimbing mempunyai potensi di Malaysia kerana mempunyai varieti belimbing yang terbaik. Ia juga tahan lasak dan boleh ditanam di berbagai jenis tanah. Namun, salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh petani adalah kekurangan tenaga buruh dan serangan serangga perosak

Number of View :1480

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam