Belimbing Tanah atau nama saintifiknya Oxalis barrelieri L. tergolong dalam famili Oxalidaceae (sama famili dengan belembing besi atau Averrhoa carambola). Ada yang menyebutnya juga sebagai Belimbing pasir dan belimbing bukit. Tumbuhan herba kecil ini hanya mencapai ketinggiannya sehingga mencapai 50cm sahaja.
Pokok belimbing tanah mengeluarkan buahnya seakan bentuk buah belimbing besi tapi saiznya sangat kecil. Rasanya juga dikatakan sama seperti buah belimbing besi (Averrhoa carambola). Tumbuhan yang dianggap sebagai rumpai liar di Malaysia ini juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan. Buah belimbing tanah yang segar (masak) dikatakan boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kencing manis. Sejauh mana keberkesanannya tidak dapat pastikan.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :24988