March 28, 2024
benih-cili1 Siapa yang tak kenal cili. Bagi saya ia raja segala sayur. Namun ramai yang mungkin tidak pernah tanam sayur. Tak perlu tanam banyak-banyak untuk dapatkan hasilnya. Tanam sepokok dalam pasu pun dah ok.. Sayuran cili mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul. Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.
  • Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut.
  • Semai terus 2 atau 3 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 3 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.
  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.
  • Tabur sebanyak satu sudu kecil baja kimia di sekeliling pokok setiap minggu. Saya galakkan anda gunakan baja kompos sahaja. Lebih baik kerana cili lebih berkualiti dan selamat dimakan begitu sahaja.
Hasil boleh  dikutip selepas kira-kira 2-3  bulan selepas ditanam.  Dah dapat hasil tu jangan lupa bagi sedikit pada jiran sebelah. Jangan kedekut. Selamat mencuba.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :29698

10 thoughts on “Tanam Cili Dalam Pasu

  1. ok juga ye tanam lada dlm pasu..mklum la duk kl ni mana cukup tanah nk menanam..setakat nak beli satu genggam tu bleh tahan gak regenya..baik aku try tanam dlm pasu..thanx utk yg bagi idea ni…

  2. cubalah gunakan baja organik janganlah bergantung semuanya pada bahan kimia.
    untuk buat baja sendiri:

    kepala udang atau kulit udang di blender dan dicampurkan dengan air .siramkan hasil campuran tadi kepokok -pokok yang kita tanam ,anda cuba dan lihat sendiri hasilnya!

  3. belbagai cara saya mencuba, namun pokok cili tak menjadi. Buah jadi lebam, daun jadi kerinting. Nasihat dari kawan saya cuba dengan menyiram dan menyembur air racun serangga mengikut jadual yang di tetapkan. Namun, sampai masa nya, pokok diserang penyakit juga. saya tak juba lagi cara saudara cadangkan. apakah cara ini dapat menyelesaikan masalah ini.

  4. kalau pokok cili rosak senang saja .pakai saja air basuh beras .lagi bagus dari pada bahan kimia .kalau baja pula baik kita gunakan bahan organik yang sedia ada di rumah kita .baru mesera alam.

  5. sy baru berumur 17 thn tapi sy berminat untuk menceburi dalam bidang pertanian iaitu tanaman cili fertigasi… mula2 nk try tanam mmg la susah sebab bila tanam tak hidup …bila tanam dalam tray hanya sebahagian kecil yg hidup…itu la yg terpaksa sy alami mse mula2 tanam…mybe sy masih belum mahir ttng tanaman cili…sy harap doc dpt membantu sy…dan beri sy nasihat yg lbh mendalam lg…………

  6. Salam,sya mmg suka tanam menanam ni bukan ape utk jimat blnja tapi masalahnya pokok cili yg sya tanam daunnye tak cntik mcm kerinting,ada semut,daun ada putih2 dan pokoknye tinggi tak gemuk, sya dah taruk baja organik sama aje….hrap ada sesiapa yg bleh bagi petua utk jadikan pokok cili sya gemuk dan berbuah banyak,t kasih.

  7. Salam semuanya, untuk Zalena, saja nak kongsi pengalaman menanam lada/cili, apa yang saya buat selain buh baca, kena berselawat wktu siram pkk xkira apa jenis pkk, juga apa yg saya buat buat air yassin n siram pada pkk, wktu siram smbik berdoa mohon pada ALLAH spya disuburkan pkk trsbt, sbb hanya Allah yg berkuasa menyuburkan pkk. Kalau berminat nak tengok pkk tanaman saya bleh kita berwebcam, nnti saya share with u Zalena, saya tinggal di Fairfax Virginia USA, so dpt bertanam hanya musim panas saja, anyway, let me know, here is my e-mail address n00r_shafiq@yahoo.com
    Semoga kita semua jadi penanam sayura2an yang berjaya.
    wassalam,
    Noorlidah Abusari

  8. salam,
    saya dah cuba utk tanam cili dlm pasu, pokok mmg sihat dan keluarkan buah yang banyak. tapi baru2 nie saya dapati daun pada pokok cili tersebut gugur.ada pokok yang hanya tinggal ranting,tapi tetap mengeluarkan buah yang banyak dan buah jadi lebih mudah masak(merah). boleh bagitahu apa yang berlaku pada pokok cili saya.apa yang perlu saya buat.

  9. salam
    saya khairi….saya nak tnya…boleh tak saya tanam menggunakan botol sebagai ganti kepada polibag dan pasu…soalnya…..adakah pokok cili nie boleh hidup menngunakan botol itu shj..

    p/s botol mineral nie saya belah dua..guna yang bawah…dan buat lubang kat bawah dia untuk air mudah keluar….

  10. Jualan CoCo peat:
    Kami ada stock coco peat untuk d jual Harga RM 5 satu katul 5 kg.
    1 ketul bolh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
    gudang dkt port klang.
    urusan hantar bolh d buat.
    Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
    chandra (mobile) 0123795729

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam