Tumbesaran pokok hiasan dalam pasu yang menarik tidak mungkin dapat dikekalkan untuk selama-selamanya tanpa tindakan dan perhatian tertentu. Apabila pokok kian membesar, ruang dalam pasu kian terhad dan tidak sesuai lagi untuk tumbuh dengan subur. Bagi mengekalkan ia dapat terus tumbuh dengan subur pemasuan semula adalah diperlukan.
* Tanda pokok perlu pemasuan semula
o Penampilan tak menarik dan tak subur
o Tumbesaran lambat dan akhirnya terencat
o Daun mengecil, menguning dan layu
o Tidak mengeluarkan bunga
o Media padat kerana akar memenuhi pasu
o Akar muncul dipermukaan atau keluar dari lubang-lubang
o Bekas atau pasu pecah
* Cara melakukan pemasuan semula
o Basahkan media dan tinggalkan untuk satu jam agar ianya menjadi lembut
o Pegang pangkal batang pokok, jika pokok berduri gunakan sarung tangan. Balik dan ketuk tepi pasu pada tepi meja dan gunakan pisau dengan mengelilingi tepi pasu.
o Potong akar yang mati dan rosak. Elakkan kecederaan akar yang serius.
o Sediakan pasu yang lebih besar dengan mengisi arang atau pecahan pasu di bahagian bawah sebagi penapis dan tambah dengan media baru sekurang-kurangnya 1/3 daripada bahagian pasu. Jika menggunakan pasu yang telah digunakan, pastikan ianya telah dibersihkan dengan sempurna.
o Masukkan pokok ke dalam pasu baru dan penuhkan pasu dengan media. Pastikan media yang digunakan dalam keadaan lembab.
o Padatkan dikelilingi pokok dan pastikan media mencukupi sehingga kepangkal pokok.
Faktor di atas memberikan impak atau keperluan yang berbeza-beza mengikut jenis yang ditanam atau cara ia di tanam. Kefahaman yang mendalam mengenai tanaman adalah pra-syarat utama mendapatkan tumbesaran pokok yang baik dan menarik.
Number of View :22079
kata emak kalau nak jaga pokok dari kulat atau lain2
penyakit siram pokok dgn air campur sedikit sabun…tak kiralah sabun apa inshaallah OK