Tanam Cili Dalam Pasu

benih-cili1

Siapa yang tak kenal cili. Bagi saya ia raja segala sayur. Namun ramai yang mungkin tidak pernah tanam sayur. Tak perlu tanam banyak-banyak untuk dapatkan hasilnya. Tanam sepokok dalam pasu pun dah ok.. Sayuran cili mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.

Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.

  • Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut.
  • Semai terus 2 atau 3 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 3 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.
  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.
  • Tabur sebanyak satu sudu kecil baja kimia di sekeliling pokok setiap minggu. Saya galakkan anda gunakan baja kompos sahaja. Lebih baik kerana cili lebih berkualiti dan selamat dimakan begitu sahaja.

Hasil boleh  dikutip selepas kira-kira 2-3  bulan selepas ditanam.  Dah dapat hasil tu jangan lupa bagi sedikit pada jiran sebelah. Jangan kedekut. Selamat mencuba.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :26404